Bila Taikon Non-Muslim Utus Surat Pada Najib Supaya Pandai Malu

Bila non-Muslim pula yang tidak lagi sanggup melihat kejahatan yang dilakukan pemimpin Melayu ke atas agama mereka iaitu agama Islam.

Tidak kah teguran itu amat amat memalukan dan jika dibiarkan akan mencemarkan kehidupan seseorang tanpa mengira sama ada seseorang itu memiliki taraf pendidikan yang agak tinggi atau sebaliknya terutamanya golongan muda?

Teguran yang kedengaran biasa biasa dan skema namun pada hakikatnya sangat sangat menginsafkan dan membuka mata mereka yang masih berfikiran sihat.

Tan Sri Lee Kim Yew telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya SPR yang membidas Najib dengan mempersoalkan slogan malu apa bossku yang menurut beliau ia bertentangan dengan ajaran agama Islam dan perlu dihentikan.

Tan Sri Lee Kim Yew adalah ahli MCA dan jutawan hartanah, namun tegar mempersoalkan kempen Najib dalam pilihan raya negeri Johor ini kerana Najib sudah pun didapati bersalah dalam skandal SRC International. Skandal mencuri secara terang terangan wang rakyat Malaysia.

Lee Kim Yew di dalam suratnya mendakwa Najib mempunyai banyak wang untuk meningkatkan populariti UMNO berbanding calon dari parti lain. Justeru itu SPR harus melihat perkara ini.

Dalam erti kata lain Najib mempunyai banyak wang yang sudah tentu akan digunakan untuk membeli pengundi.

Dalam pada itu Lee Kim Yew merujuk slogan malu apa bossku sebagai slogan yang mengajar masyarakat untuk tidak lagi merasa malu seperti mana diri Najib.

Oleh itu juga SPR harus menghalang UMNO atau Najib menggunakan tagline malu apa bosku dalam mana mana kempen politik mereka.

Kim Yew juga berpesan pada masyarakat supaya tidak bercampur dengan orang yang sudah didapati bersalah oleh mahkamah sepertimana Najib Razak kerana kantoi mencuri wang rakyat melalui skandal SRC satu anak syarikat 1MDB.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: