
Dijangka ketua PPBM Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor akan merasmikan perasmian parti Kesejahteraan Democratik Rakyat (KDM) yang diketuai oleh mantan Naib Presiden Parti Warisan Peter Anthony yang juga Adun Melalap.
Namun majlis perasmian itu tidak akan dihadiri oleh ramai ahli parti KDM kerana faktor kekangan SOP Covid-19.
Begitu kenyataan Pengerusi perlaksana parti KDM, Juil Nuatim.
Semoga tidak aral yang melintang dan majlis berjalan lancar.
Peter Anthony meninggalkan Warisan pada Disember tahun lalu kerna faktor hilang kepercayaan terhadap hala tuju parti Warisan yang pada mulanya memperjuangkan Sabah dari konteks perjanjian Malaysia tapi melebarkan sayapnya ke Semenanjung.
Parti KDM inilah adalah parti pro Gabungan Rakyat Sabah GRS yang dipengerusikan oleh Datuk Hajiji Noor itu sendiri.
Perkembangan terbaru politik negeri Sabah yang mengarah kepada kebaikan, sebenarnya. Mengenangkan hari ini rata rata rakyat masyarakat KDM khususnya ingin melihat negeri Sabah ini dikuasai walaupun tidak sepenuhnya oleh parti tempatan.
Namun pihak pihak tertentu harus mengakui bahawa tidak semua masyarakat Sabah suka pada kepimpinan parti parti tempatan, pada mereka asal bukan UMNO.
Tinggalkan Jawapan