
Hari ini Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua GRS/PPBM Sabah, Datuk Hajiji Noor akan merasmikan majlis pelancaran Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) yang pro Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
Majlis perasmian dijadualkan berlangsung pada 12.30 tengahari bertempat di SICC, Kota Kinabalu.
Presiden Parti KDM adalah bekas Naib Presiden Warisan yang juga Adun Melalap, Peter Anthony.
Peter Anthony meninggalkan parti Warisan pada Disember tahun lalu setelah tidak lagi yakin pada kepimpinannya Shafie Apdal. Bila mana retorik Sabah Ubah di tukar oleh Shafie menjadi agenda yang bersifat Nasional.
Awal kemunculan Warisan, Shafie beriya iya memperjuangkan Sabah melalui slogan Sabah Ubah dan berjanji tidak akan berkerjasama dengan parti dari Malaya tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, Warisan yang terhegeh-hegeh datang ke Malaya.
Hasilnya lihat keputusan calon Warisan di PRN Johor, semuanya hilang wang deposit. Memalukan sangat lah.
Pun begitu dimohon supaya mereka yang hadir kelak mematuhi SOP dan janganlah terlalu ramai.