Kamu dengarkan ni tuan dan puan-puan UMNO ni bukan hanya sudah rosak diperingkat pimpinan tertinggi kerana mencuri wang rakyat seperti yang dihadapi oleh Najib Razak hingga dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Persekutuan dan Rayuan kerana kantoi mencuri wang rakyat dalam skandal SRC.
Mencuri secara terang-terangan tuan-tuan dan puan-puan ini yang kita amat kesalkan. Kalau berlaku disebalik projek ia tidak ada masalah kerana ia adalah proses biasa dalam perniagaan dan rakyat faham proses ini. Tapi apa yang dilakukan oleh Najib Razak dan kuncu-kuncunya adalah sebaliknya.
Pergilah tonton rakaman video diatas bagaimana Pak Ali yang ikhlas memperjuangkan mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atau Perikatan Nasional (PN) dipukul dibuli oleh jentera UMNO.
Bendera PN yang dipasang berulang kali dicabut oleh jentera UMNO. Bila kantoi, Pak Ali di pukul di bahagian lengan. Cuba fikirkan dan cuba rasakan andai kejadian ini berlaku terhadap diri anda atau ahli keluarga anda.
Perbuatan samseng politik memang tidak boleh dipisahkan dengan UMNO. Budaya ini tidak ada di Sabah dan Sarawak, kalaupun ada ia dilakukan oleh penyokong UMNO itu sendiri.
Padan lah UMNO diharamkan di bumi Sarawak.
Yang menggeramkan ada pula di kalangan jentera parti UMNO dari luar Johor yang mendakwa Pak Ali berlakon, memang kurang ajar manusia manusia celaka berkenaan.
Tidak cukup dengan perangai jahat mempertahankan pemimpin UMNO yang kantoi mencuri, sekarang sanggup pula memperlekeh nasib malang yang menimpa rakyat biasa.
Benarlah diandaikan totok totok UMNO dibagi pilihan sama ada parti UMNO atau agama Islam besar kemungkinannya mereka akan memilih parti bangsat ni.
Pada Sabahan kita buang UMNO dari bumi Sabah pastikan azam ini menjadi kenyataan. Bebaskan Borneo dari parti UMNO.
Tinggalkan Jawapan