Beberapa Pemimpin Warisan Penampang Keluar Parti Dan Pro GRS

Kali ini betul-betul Parti Warisan dalam keadaan nazak, apa lagi pemimpin Warisan yang keluar parti ini datang dari kubu kuat Warisan di pantai barat Sabah, Penampang.

Parlimen Penampang diwakili oleh Timbalan Presiden Parti Warisan, Darell Leiking.

Sebelum ini Naib Presiden Warisan Peter Anthony yang juga wakil rakyat Melalap, Tenom bertindak keluar parti dan menubuhkan parti sendiri, Parti KDM pro Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


June (tengah di depan) bersama beberapa mantan pemimpin Warisan pusat, bahagian dan cawangan Penampang semasa majlis pengumuman keluar parti di Penampang baru-baru ini. Turut bersama ialah Timbalan Presiden parti KDM Sabah, Datuk Juil Nuatim (duduk tiga dari kiri).

PENAMPANG: Beberapa pemimpin parti Warisan Penampang diketuai Ketua Wanita, Mary June G Kinsuat bertindak keluar parti untuk menyertai parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Mary yang juga mantan Timbalan Ketua Wanita Warisan Pusat bersama beberapa pemimpin Warisan Bahagian P174 Penampang mengumumkan keputusan mereka itu di sini, baru-baru ini.

Turut bertindak keluar parti Warisan ialah Ketua Wira Penampang, Ian Mahindra yang juga mantan Naib Ketua Wira Pusat dan Timbalan Ketua Wanita Warisan Penampang, Beatnie Boniface.

June berkata, bersama-sama mereka meninggalkan parti Warisan ialah beberapa mantan Ahli Jawatankuasa bahjagian dan cawangan, mantan Ahli Jawatankuasa Wanita dan mantan Ahli Jawatankuasa Wira Warisan Penampang.

“Kami memilih untuk menyertai parti KDM Sabah di bawah kepimpinan Datuk Peter Anthony untuk bersama-sama meneruskan agenda politik yang fokus sepenuhnya kepada negeri Sabah,” kata June.

Majlis pengumuman itu turut disaksikan Timbalan Presiden parti KDM Sabah, Datuk Juil Nuatim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Papar.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: