Najib Minta Zety Berbohong Pasal Wang Rakyat 2.6 Bilion

Semakin kuat Najib berbohong untuk mengelirukan rakyat, walhal mahkamah telah mendapati dia bersalah kerana menyeleweng wang rakyat dalam skandal SRC.

Perlu diingat SRC adalah anak syarikat 1MDB. Ertinya wang yang ada disana tetap wang yang sama.

Namun Tuhan sentiasa ada dan sememangnya tidak buta.

Hakikatnya sejak daripada awal lagi Najib telah terburai dimana bekas Gabenor Bank Negara dalam pendedahan. Mendedahkan bagaimana Najib mendesak beliau supaya membuat kenyataan yang bertentangan berhubung wang rakyat 2.6 bilion.

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz menolak dakwaan bahawa beliau menyedari tentang RM2.6 bilion dalam akaun Ambank Najib sebelum pilihan raya umum 2013 (PRU13) tetapi tidak mempersoalkan perkara itu.

“Saya ingin menyatakan bahawa dakwaan ini adalah salah. Saya tidak mempunyai pengetahuan tentang RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaunnya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam selepas penangkapan Najib.

Zeti juga mendakwa bahawa pada 3 Julai 2015, beliau dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya apabila skandal itu meletus.

“Dia meminta saya untuk mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung akaunnya itu.

“Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai urusan dalam akaunnya,” katanya.

Menurut Zeti, seorang menteri kabinet, yang tidak namakan, juga membuat permintaan yang sama dan beliau memberitahunya keputusan yang sama.

Bekas gabenor bank pusat itu mengulas dakwaan Najib dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu, yang berkata Zeti menyedari mengenai transaksi itu tetapi tidak mempersoalkannya.

“Jika Bank Negara tahu tentang dana ini, dan mereka ada bayangan atau pengetahuan bahawa mungkin akan ada keraguan tentang sumbernya, mereka patut beritahu saya.

“Tetapi ia tidak berlaku. Jadi saya menyangka ia tiada masalah,” katanya dalam wawancara itu.

Ditanya sekali lagi sama ada Zeti tidak membangkitkan sebarang amaran, Najib menjawab: “Tidak, tiada maklum balas daripada Bank Negara. Saya sangka semuanya baik.”

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: