
Kenyataan media Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkenaan tuntutan pewaris Sultan Sulu ke atas Sabah.
Sebelum ini portal dari negara jiran Filipina melaporkan kononnya pewaris Sultan Sulu telah mendapat kemenangan di Mahkamah Francis berkenaan pampasan ke atas negeri Sabah. Seperti link dibawah.
Ingin saya tegaskan bahawa tuntutan waris Kesultanan Sulu tidak pernah dan tidak akan sama sekali diiktiraf oleh Kerajaan Negeri kerana Sabah adalah sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.
Ia adalah satu dakwaan yang tidak masuk akal. Kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia tidak boleh dipersoalkan.
Justeru, saya ingin menggesa semua rakyat supaya bertenang dan membiarkan pihak perundangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan mengendalikan perkara itu.
Tinggalkan Jawapan