Zafrul: Najib Silap, Duit Rakyat Diguna Bayar Faedah Pinjaman 1MDB

Entah berapa kali sudah kenyataan Najib Razak kantoi menipu rakyat, baru baru dia mendakwa kerajaannya tidak pernah menggunakan wang rakyat dalam KWAP. Tapi lama sebelum itu tersebar berita di dada portal yang Najib telah membelanjakan dana KWAP untuk membiayai 1MDB, rugi pula tu.

Terbaru Najib membohong lagi kononnya tidak ada duit rakyat yang digunakan untuk membayar hutang 1MDB. Walhal dana 1MDB itu sendiri adalah wang rakyat yang berjaya dicuri oleh Najib dan Jho Low.

Habis itu dari mana pula datangnya wang yang digunakan untuk membayar faedah hutang 1MDB. Sedangkan 1MDB tidak menjalani perniagaan yang jelas. Selain wang rakyat yang sebahagiannya datang dari hasil curian yang berjaya dituntut balik.


PARLIMEN l Malaysia masih belum membayar balik jumlah hutang prinsipal 1MDB sebanyak RM32.3 bilion, tetapi negara sedang membuat bayaran faedah hutang tersebut iaitu sebanyak RM6.5 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyangkal kenyataan bekas perdana menteri Najib Razak semalam bahawa tiada satu sen pun dana awam digunakan kerajaan untuk membayar balik jumlah pokok hutang 1MDB.

“Kita sudah mula membayar faedah hutang 1MDB kira-kira RM6.5 bilion dan belum membayar prinsipal kerana prinsipal hutang tersebut akan matang lambat lagi’

“Jadi dakwaan bahawa belum lagi kita bayar prinsipal hutang 1MDB ini adalah tidak berasas,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

“RM32.3 bilion ini tarikh matang dia di antara 2022 hingga 2039. Jadi, belum lagilah dibayar, ini prinsipalnya, tapi kita sudah mula membayar faedahnya,” katanya.

Lim menyoal sama ada benar atau tidak bahawa tiada satu sen pun dibayar ke atas hutang 1MDB seperti yang didakwa Najib.

Najib semalam mendakwa dana awam tidak digunakan kerana pelbagai entiti, termasuk Goldman Sachs Group Inc, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank dan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS telah memulangkan dana 1MDB, berjumlah RM23 bilion kepada Malaysia.

Tengku Zafrul, berkata, prinsipal hutang 1MDB merangkumi bon terbitan 1MDB Enegry Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Energy (Langat) Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Global Investment Ltd sebanyak RM12.6 bilion dan sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note) bernilai RM5 bilion.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: