Najib Merepek Dan Tidak Boleh Dipercaya – Muhyiddin

JOHOR BAHRU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menafikan beliau “agak senyap” dalam kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor berbanding Najib Razak dengan berkata, beliau kerap turun padang.

Pada sidang media selepas melancarkan manifesto PN hari ini, Presiden Bersatu itu berkata, rakyat tidak patut membandingkannya dengan bekas Perdana Menteri itu yang kelihatan lebih aktif berkempen.

“Apa maksudnya saya senyap? Najib merepek. Dia penjenayah. Macam mana boleh percayakan dia? Saya bercakap atas fakta.

“Saya tak senyap. Saya turun padang, cuma kamu (media) tak laporkan apa saya cakap,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kempen PN bukan tentang dirinya sahaja, malah jentera pilihan raya gabungan, pengurus kempen dan calon turun padang setiap hari.

Beliau membidas perbandingan dengan Najib yang dibuat sesetengah pihak dengan berkata, ia “tidak tepat”.

Apabila ditanya sama ada PN telah mengenal pasti calon Menteri Besarnya, Muhyiddin berkata, ia akan diumumkan “pada masa yang sesuai”.

FMT

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: