Akta A1642 ini berkaitan kedudukan negeri-negeri di Malaysia selaras dengan perkara-perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perjanjian Malaysia 1963. Ertinya Sabah dan Sarawak akan dikeluarkan dari status negeri dan akan berstatus wilayah.
Ini adalah langkah awal pemulihan perjanjian Malaysia 1963 yang selama ini dinodai oleh Federal yang dikuasai UMNO.
Justeru itulah jawatankuasa yang dibentuk di peringkat Sabah dan Sarawak bagi menuntut hak hak dalam perjanjian 1963 tidak melibatkan total pemimpin pemimpin UMNO.
Walhal sebelum ini UMNO Sabah pernah menjadikan Borneonisasi sebagai agenda mereka.
Selepas ini jangan kamu percaya kalau hari ini ada dikalangan pemimpin dan macai UMNO yang menafikan kejahatan pentadbiran mereka dalam masa yang cuba pula menyalahkan pihak lain dengan cara mendiamkan diri.
Hakikatnya UMNO lah yang merosakkan demografi negeri Sabah dari hampir semua segi. Ingat ini!
SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah memperkenan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 [Akta A1642] dikuatkuasakan pada 11 Februari 2022.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 itu diwartakan sebagai Akta Pindaan pada 25 Januari 2022.
“Berdasarkan seksyen 1(2) Akta A1642, akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Akta ini merangkumi pindaan kepada Perkara 1(2), 160(2) dan 161A(6) dan (7) Perlembagaan Persekutuan serta merupakan komitmen kerajaan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“RUU Perlembagaan (Pindaan) 2021 bagi pindaan Perkara 1(2), 160(2) dan 161A(6) dan (7) Perlembagaan Persekutuan telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 14 Disember 2021 dengan sokongan dua per tiga majoriti (199 ahli) dan Dewan Negara dengan sokongan 49 ahli pada 23 Disember 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Wan Junaidi memberitahu, akta tersebut amat signifikan dan merupakan khabar gembira yang ditunggu rakyat Sabah dan Sarawak.
Ujar beliau, pindaan kepada fasal (2) Perkara 1 dan fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan itu adalah untuk menjelaskan lagi kedudukan negeri-negeri di Malaysia selaras dengan perkara-perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perjanjian Malaysia 1963.
“Sementara itu, pindaan kepada fasal (6) dan (7) Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ras yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak adalah seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri.
“Melalui pindaan ini definisi ras asli di Sarawak tidak lagi tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan boleh ditentukan sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak melalui perundangan negeri ini sendiri,” jelasnya.
Tinggalkan Jawapan