Laskar Maling UMNO Fitnah KM Hajiji, Boneka Memang Puak Ni Tidak Reti Diuntung

Seorang mangkuk UMNO dari Sandakan, memfitnah Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri boneka. Ini konon berdasarkan satu video yang di edit oleh mereka dimana dalam video itu Presiden STAR sedang berucap berhubung kehadiran PATI di negeri Sabah dan dikaitkan dengan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Sebenarnya cakaplah apa pun isu khususnya dalam hal pendatang asing tanpa izin di Sabah. Tidak ada pihak yang wajar dipersalahkan selain UMNO tapi hari ini cuba pula berlagak baik.

Mana sudah agenda UMNO Sabah ke atas perjanjian Malaysia? dulu bukan main, bila berkuasa habuk pun tidak ada. Berbeza dengan Bersatu walaupun tidak beretorik dengan perjanjian 1963 tapi langkah memperkasakannya jelas ada dan sedang berjalan.

Kamu tengok ini kalau penyokong GRS tidak membidas fitnah di atas maka ia akan disangka ada kebenarannya. Walhal ia hanyalah fitnah untuk membibitkan kemarahan rakyat Sabah pada Bersatu dalam masa yang berharap kalau mereka yang kantoi maling diberikan kepercayaan untuk mengurus rakyat Sabah.

Gila kah macam saja rakyat Sabah tidak tahu hal yang telah dilakukan oleh UMNO pusat ke atas hak mereka. Begitu banyak perompakan hak hingga admin pula yang naik segan untuk mendedahkannya. Jadi biarlah orang Sabah yang bermaruah membuang UMNO dari bumi Sabah, macam orang Sarawak.

Berbalik pada fitnah di atas.

Tentang mana Ketua Menteri Datuk Hajiji relevan dengan istilah boneka bukan kah orang yang paling layak dipanggil pemimpin boneka ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah yang belum apa apa sudah kantoi dikaitkan dengan wang tunai 80 juta di dalam rumah?

Sebelum menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dia sedia dibicarakan ke Mahkamah kerana pecah amanah berkenaan pembelian sebidang tanah melalui agensi FELCRA.

UMNO tidak terlibat menggugat kerajaan Warisan yang membawa kepada pilihan raya negeri Sabah 2020 tapi kenapa UMNO tidak mensyukurinya.

Inilah masalahnya kalau orang hanya berminat sebagai laskar maling UMNO tapi tahap pendidikannya mati di peringkat “darjah”. Pada laskar maling mencari perbalahan sesama kawan adalah taktik politik yang mesti diterima, tidak boleh dibalas dengan tidak memikirkan kesan dari fitnah berkenaan. Mana mungkin betul tak, sudah tentu pihak yang menyokong GRS akan membidasnya dengan mendedahkan kelemahan mereka. Seperti sekarang.

Ironinya yang nyata mungkar di tatang yang baik dirosakkan. Macam mana Sabah boleh maju kalau menggantungkan diri pada parti UMNO yang sarat dengan pemimpin yang ketagih pecah amanah?

Sah pemikiran dan sikap mangkuk dari UMNO Sandakan itu tumbuh dari dedak yang entah apa apa. Itu yang nampak sangat biul dan bodoh dan paling memalukan tidak lagi malu dan segan.

Mereka ingat orang seperti admin tidak tahu yang makciknya bertanding atas tiket Warisan namun kalah. Justeru boleh percaya kah keluarga seperti ini, belah kanan menjadi totok Warisan belah kiri berlagak totok UMNO.

Seolah oleh tidak ada sudah orang Sandakan yang layak dijadikan pemimpin.

Tidak ada yang bodoh kecuali pengundi Sandakan yang mengundi calon dari keluarga 69 ini.

Minta maaf Timbalan Ketua Sabah, Bung Mokhtar tidak berniat untuk mengangkat kekurangan, tapi ia adalah tindakan yang terpaksa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: