
Siapa yang dekat dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Fathul Bari, agar menyampaikan pesanan admin ni.
Semalam Fathul mengesa Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful agar jangan mencampuri UMNO selepas pernyataan akan mendedahkan kepincangan yang berlaku di antara UMNO dan komponen BN.
Kenapa Fathul tiba tiba bersuara ni, adakah ini membuktikan benar UMNO dan BN sedang berkrisis?
Jangan berlagak budiman Fathul. Kau tahukah jentera UMNO siang dan malam mengkritik pimpinan Bersatu dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal. Namun rakyat tahu tujuan mereka hanyalah untuk memburukkan Bersatu di mata rakyat, dalam masa yang sama cuba menutup pengkhianatan yang telah dilakukan oleh kluster Mahkamah ke atas kepercayaan rakyat.
Kalau benar UMNO tidak mahu diganggu, kau buatlah surat rasmi meminta pada semua jentera UMNO supaya jangan lagi menghina atau mengkritik pimpinan dan dalaman Bersatu atau Perikatan Nasional.
Apa lagi kritikan yang dilemparkan benar benar berbau persepsi, bohong dan fitnah.
Boleh kah Fathul?
Boleh hidup kah UMNO tanpa pembohongan? ini kerana diri sendiri yang melakukan kemungkaran tapi yang dituduh orang lain. Mentang mentanglah ramai jentera UMNO yang sanggup menjadi bodoh dengan mengatakan yang sebaliknya.
Tidak ada apa yang kau mampu nafikan Fathul, jangan kan dengan komponen BN, UMNO berkrisis. Malah UMNO tegar bekerjasama dengan Pakatan Harapan melalui Anwar Ibrahim dengan membelakangkan kehendak ahli UMNO.
Masyarakat juga tahu ramai ahli yang tidak suka UMNO bekerjasama dengan MCA, jadi no wonder lah kalau hubungan UMNO dan komponen BN ada krisis dalaman.
Tinggalkan Jawapan