Siapa Sebenar Pengkhianat Kluster Mahkamah Atau Muhyiddin?

Muhyiddin Yassin memberi amaran walaupun Ismail Sabri Yaakob adalah perdana menteri yang menggantikan beliau namun yang menguasai Umno adalah presiden parti, Zahid Hamidi.

Masih belum ada rasa malulah kluster Mahkamah ni. Sebelum ini yang memalukan Malaysia di mata masyarakat antarabangsa ialah UMNO bila badan keadilan Amerika menyita aset yang dibeli menggunakan wang dicuri melalui skandal 1MDB oleh Najib Razak. Ketika itu Najib adalah presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Begitu juga dengan Zahid Hamidi selaku presiden UMNO yang menggantikan Najib, juga terpalit dengan tuduhan rasuah di mahkamah melalui skandal Yayasan Akal Budi dan rasuah meluluskan pemberian visa kepada warga asing.

Menurut presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin

“Apabila Parlimen dibubarkan, yang berkuasa menentukan calon yang akan bertanding dan mengetuai parti dalam pilihan raya adalah presiden, bukan perdana menteri.

“Jika parti mereka menang dalam pilihan raya, lazimnya yang akan diangkat menjadi perdana menteri adalah presiden parti. Jika ini berlaku, maka lengkaplah perancangan kluster mahkamah. Mereka akan kembali berkuasa dan selesailah masalah mereka.

“Jadi siapa sebenarnya pengkhianat? Saya atau mereka?” soal bekas perdana menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: