Najib Gagal Saman AmBank Berhubung SRC

Sudahlah Najib gagal meneruskan samannya ke atas AmBank, hakim juga dapat menghidu matlamat jahat di sebalik saman yang dikemukakan. Sebenarnya bukan hanya Najib yang kantoi tapi individu yang memainkan peranan dalam saman ini iaitu Shafee Abdullah lagilah malu. Kantoi membohong dan cuba menipu!

Hakim Yaacob berkata mahkamah berpendapat bahawa beliau (Najib) berusaha untuk meneruskan saman sivilnya untuk menjejaskan prosiding jenayah dan penemuan oleh Mahkamah Tinggi Jenayah dan Mahkamah Rayuan dalam kes jenayah SRC International.

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mengembalikan semula saman sivil terhadap AmBank Islamic Bhd dan dua lagi berhubung dakwaan salah urus akaun banknya.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim sebulat suara menolak rayuan Najib dan memerintahkan beliau membayar kos RM40,000 kepada AmBank Islamic serta AMMB Holdings Bhd dan kos RM35,000 kepada bekas pengurus perhubungan pelanggan Joanna Yu Ging Ping yang juga responden dalam rayuan itu.

Hakim Yaacob yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata pertuduhan jenayah yang dihadapi Najib dalam kes SRC International Sdn Bhd (SRC) bukan disebabkan oleh AmBank Islamic, AMMB Holdings dan Yu.

“Ia adalah soal kuasa budi bicara tunggal atau tidak terikat oleh Peguam Negara, sebagai pendakwa raya untuk memulakan sebarang prosiding pertuduhan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,” katanya.

Beliau berkata isu dalam saman sivil Najib dan kes jenayah SRC International adalah hampir serupa, jika tidak sama sepenuhnya.

Hakim Yaacob berkata mahkamah berpendapat bahawa beliau (Najib) berusaha untuk meneruskan saman sivilnya untuk menjejaskan prosiding jenayah dan penemuan oleh Mahkamah Tinggi Jenayah dan Mahkamah Rayuan dalam kes jenayah SRC International.

Yu adalah seorang daripada saksi pendakwaan dalam perbicaraan yang dihadapi Najib atas tujuh pertuduhan berkaitan dakwaan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mensabitkan kesalahan serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes jenayah SRC International.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Disember 2021. Najib memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman di Mahkamah Persekutuan.

Najib juga mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 yang membatalkan samannya terhadap bank itu dan Yu, yang beliau dakwa antara lain telah melakukan kecuaian ketika mengendalikan akaun banknya dengan mendedahkannya kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: