Kapal Tempur: Selepas Dua CEO, Broker Pula Ditahan

Seorang lelaki berusia 62 tahun berperanan sebagai broker ditahan kira-kira pukul 9.30 malam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan. – Foto SPRM

SEORANG broker ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berkaitan kontrak perolehan enam buah kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Menurut sumber SPRM,  lelaki itu dipercayai telah mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu yang dianggarkan bernilai RM24 juta kepada sebuah syarikat perkapalan melalui tiga syarikat.

Menurutnya, lelaki berumur 62 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 9.30 malam semalam.

Sumber itu berkata siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Broker itu kini direman selama lima hari sehingga 30 Jan setelah perintah reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Baca: Kontrak kapal tempur: SPRM tahan dua CEO

SPRM pada Isnin menahan dua ketua pegawai eksekutif syarikat susulan penemuan petunjuk baharu dalam siasatan ke atas kontrak perolehan enam kapal LCS oleh Bousted Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Pada 21 Nov lepas, Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid membuat laporan kepada SPRM berhubung projek pembinaan enam kapal LCS yang gagal diserahkan mengikut jadual.

Projek bernilai RM9.128 bilion itu dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dengan RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal tersebut secara serentak.

— BERNAMA


Sebelum ini Presiden UMNO Zahid Hamidi terlebih dahulu telah disiasat oleh PAC sebelum siasatan rasmi di jalankan oleh SPRM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: