Rencana Istana Indonesia Ke atas Borneo, UMNO Sejak Sekian Lama Apa Ada?

Selepas ini ibu kota Indonesia akan dikenali sebagai panggilan Nusantara yang terletak di kepulauan Borneo, Kalimantan Timur.

Sepatutnya kan kerja kerja penolakan tanah yang berkeluasan 120, 000 KM persegi di Kalimantan Timur itu telah dimulakan pada Ogos tahun 2020, tetapi kerana pandemik Covid 19 ia telah ditunda ke tahun ini.

Ibu kota yang dikenali Nusantara ini akan berfungsi sebagai pusat kerajaan menggantikan Jakarta manakala Jakarta dikekalkan sebagai pusat perniagaan dan perekonomian Indonesia.

Cantikkan perancangan mereka benar benar memanfaatkan kedudukan Borneo sebagai jantung memandangkan ia terletak di tengah tengah dan ditadbir oleh tiga negara Malaysia, Brunei dan Indonesia yang sebelum ini telah pun menandatangani beberapa kerjasama khususnya dalam hal menjaga kelestarian alam semulajadi.

Tengok juga perancangan berkaitan rangkaian jalan yang meliputi pesisir wilayah Kalimantan Timur hingga ke Sabah. Canggih bukan?

Begitulah perancangan Presiden Indonesia atau Istana sebagai pusat pentadbiran Indonesia ke atas kekayaan Borneo.

Sedangkan pemimpin UMNO yang berasal dari negara jiran Indonesia seperti Najib dan Zahid melakukan hal yang sebaliknya, sama ada mereka menyedarinya atau tidak, iyalah sekian lama menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap tapi menafikan potensi Sabah dan Sarawak yang berada dalam Borneo.

Berdekad UMNO menjadi pusat politik dan pentadbiran negeri Sabah. Jadi tolong tunjukkan kejayaan apa yang telah dikecapi Sabah dan Sarawak, dimana pencapaian itu hasil dari perancangan kepimpinan UMNO yang sekian lama menjadi pentadbir Persekutuan. Tidak ada kan?

Oleh sebab itu jangan terkejut beruk pula ya, kenapa GPS mendapat kemenangan besar bila gabungan ini memutuskan kerjasama dengan UMNO/BN sebelum pilihan raya negeri Sarawak 2021.

Begitu juga dengan rakyat Sabah, kain hari menunjukkan penolakan mereka terhadap parti UMNO, ngamlah tu masakan tidak baru beberapa bulan berada dalam kerajaan sudah pun dikaitkan dengan wang disembunyikan. Sebelum ini pun rata rata kepimpinannya terpalit dengan tuduhan salahlaku di Mahkamah.

Berkaitan retorik ini yang admin sampaikan sebelum ini di grup grup Whatsapp. Ada pula dikalangan “pemimpin” UMNO dan laskar maling mereka yang berani membuat tuduhan yang tidak reti diuntung, kononnya admin ini kufur nikmat. Kufur nikmat apa mangkuk? kamu ingat orang Sabah dan Sarawak macam kamu kah menjadi hamba abdi kepada parti yang melindungi pemimpinnya dari perbuatan maling. Malah terus diangkat dan dibanggakan.

Ironinya sehingga hari ini UMNO terus cuba berlagak abang besar di negeri Sabah. Justeru itulah hanya Sabahan bodoh yang menghalalkan dan membenarkan UMNO terus bersikap rakus di negeri Sabah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: