
Tahun lepas bekas Perdana Menteri israel Benjamin Netanyahu telah kantoi dan sedang dibicarakan kerana penipuan, pecah amanah serta menerima rasuah dalam tiga kes yang berasingan.
Kes pertama didapati menerima hadiah bernilai ratusan ribu dolar daripada sekutunya yang kaya raya. Kedua Netanyahu dituduh membuat kenyataan positif ke atas satu undang-undang yang akan menjejaskan kebebasan media khususnya kepada lawan portal berita pro Netanyahu. Ketiga Netanyahu didakwa mempromosikan perundangan kepada pemilik syarikat telekomunikasi israel dan sebagai balasannya nama Netanyahu akan di popularkan.
Mengikut portal berita Associated Press.
Namun Konspirasi itu terbongkar ketika Netanyahu dan wakil kerajaan sedang dalam proses mempersetujui MoU pengakuan berkenaan.
Menurut jurucakap Netanyahu jika MoU itu berjaya ditandatangani maka semua tuduhan salah laku yang di hadapi oleh tuannya akan digugurkan.
Walau bagaimana pun perjanjian menetapkan sarat yang ketat bahwa Netanyahu tidak boleh berkecimpung dalam politik selama tempoh tujuh tahun, usai tempoh itu Netanyahu sudah berumur 80 tahun. Selain dipaksa melakukan khidmat masyarakat.
Sudah tentulah konspirasi itu telah mencetuskan kemarahan dikalangan rakyat israel yang berpandangan MoU itu akan menyebabkan negara mereka terkenal sebagai negara korupsi.
Pertanyaannya bagaimana pula dengan parti UMNO atau kluster Mahkamah, Najib Razak yang sedang dibicarakan dalam kes 1MDB dan SRC. Dalam perbicaraan kes SRC yang dijalankan dalam Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah dan dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta.
Tidak berpuas hati Najib membuat rayuan di Mahkamah Rayuan tapi tiga hakim tetap mendapati Najib bersalah. Sekali lagi Najib mengemukan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Ternyata tidak ada bezanya Netanyahu dari parti Likud dan Najib serta Zahid dari parti UMNO. Tapi sebenarnya lagi teruk UMNO bukan hanya telah mengadakan MoU bersama Pakatan Harapan yang menyebabkan pembangkang tidak lagi mempersoalkan tuduhan yang dihadapi oleh Najib dan Zahid yang juga berhadapan dengan tuduhan rasuah. Tapi sehingga saat ini Najib dan Zahid selaku Presiden UMNO masih berada diluar dan bebas berpolitik.
Benar dakwaan salah seorang ahli PAS lama sebelum ini, UMNO adalah parti Yahudi.
Tinggalkan Jawapan