
Viral berita berkenaan kos sara hidup iaitu kenaikan harga barang makanan dan perkhidmatan asas hingga menghantui kebanyakan rakyat Malaysia.
Krisis kenaikan harga barang bermula ketika negara dilanda Covid 19 namun waktu itu Perikatan Nasional berusaha keras menangani ekonomi yang terjejas dengan memberikan pelbagai bantuan tunai dan bantuan dalam bentuk pinjaman bank kepada rakyat. Selain membenarkan pengeluaran KWSP yang belum matang.
Namun waktu itu beberapa pemimpin UMNO seperti Najib Razak dan Presiden UMNO serta kuncu-kuncunya tetap giat menjalankan propaganda kononnya Perikatan Nasional adalah kerajaan yang gagal mengurus ekonomi menyebabkan berlaku kenaikan harga barang.
Hari ini Malaysia diperintah atau diketuai oleh Perdana Menteri daripada UMNO dan telah melantik Najib Razak sebagai penasihat ekonomi. Selain melantik beberapa lagi pemimpin UMNO sebagai penasihat Undang Undang dan pegawai dalam Kementerian Kesihatan
Tetapi kegagalan yang mereka dakwa berlaku era Perikatan Nasional nampaknya terus terjadi, harga barang terus melonjak sekaligus menjadi modal pembangkang, untuk menjatuhkan kerajaan?
Benar ketika kerajaan Perikatan Nasional harga barang juga mengalami kenaikan tetapi tidaklah seteruk hari ini walaupun Najib Razak yang menganggap dirinya pakar ekonomi telah dilantik sebagai penasihat.
Sekarang rakyat tertanya tanya siapa sebenarnya yang gagal ni, kerajaan Perikatan Nasional kah atau Keluarga UMNO yang dikerumuni oleh ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah?
Tinggalkan Jawapan