Long Tiger seorang rakyat biasa yang sedang dibicarakan namun belum didapati bersalah oleh Mahkamah.
Semalam Long Tiger berjaya meloloskan dari penjara Mahkamah ketika hari perbicaraan. Peristiwa itu telah viral dan mendapat pelbagai kritikan dari pelbagai pihak, termasuklah kritikan dari penyokong UMNO. Ada yang mengkritik Long Tiger ada juga yang mengkritik empat anggota Polis yang bertugas pada waktu itu.
Rentetan itu Peguam Long Tiger terkejut dan mempersoal apa yang menyebabkan Long Tiger nekad untuk meloloskan diri.
Pandai betul penyokong UMNO mengkritik Long Tiger atau tiba tiba pemimpin pemimpin UMNO syok alim, tidak ada seorang pun yang tampil mengeluarkan kenyataan berkenaan kehilangan Long Tiger dan bahayanya dari konteks undang undang dan penguatkuasaan.
Walhal Najib yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan serta masih bebas dan tidak pernah berada di bilik penjara, baik semasa dalam perbicaraan mahupun selepas dikenakan hukuman penjara 12 tahun. Tidak pula mendapat kritikan dari pemimpin dan penyokong UMNO?
Oleh itu memandangkan Najib ni seorang pemimpin UMNO yang masih ada penyokong. Jadi kita mahu tahu apa pendapat Najib dalam hal ini. Adakah wajar bagi penyokong UMNO dan rakyat tertentu mengecam Long Tiger dan empat anggota Polis berkenaan atau sebaiknya mereka diam sebab bosku terbukti lebih penjahat dari Long Tiger?

Rabu lalu, media melaporkan orang ramai diminta tampil membantu polis mengesan Abd Hamim (Long Tiger), 33, selepas lelaki Rohingya itu meloloskan diri daripada lokap Mahkamah Majistret.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat, berkata polis kini melancarkan Ops Tutup di sekitar daerah ini dalam usaha mengesan suspek yang melarikan diri dalam keadaan tangan bergari.
Dalam kejadian itu, suspek memakai baju T cerah, berseluar panjang coklat serta selipar, melarikan diri dari lokap kira-kira jam 11.55 pagi.
“melarikan diri daripada tahanan sah adalah satu kesalahan jenayah dan itu tidak dinafikan. Namun Mahkamah Tinggi Muar juga telah mendengar tentang cubaan mencederakan atau membunuh Long Tiger dalam penjara, pada 21 November lalu. Begini kenyataan peguam Long Tiger.
“Laporan polis telah dibuat dan hakim Mahkamah Tinggi Muar merekodkan semua kenyataan kenyataan peguam dan Timbalan Pendakwa Raya dalam mahkamah terbuka,” katanya.
Beliau berkata, cubaan mencederakan anak guamnya semasa dalam tahanan bukan perkara baru dan semuanya ini telah dirakamkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Muar.
“Kami khuatir dan kami tidak tahu, samada Ab Hamim melarikan diri atas sebab yang berkaitan dengan keadaan mentalnya akibat daripada serangan fizikal dan mental ke atas beliau di dalam tahanan reman,” katanya.