Habislah kluster Mahkamah. Timbul sudah usul dari UMNO Kelantan, agar pemilihan UMNO segera diadakan paling lewat pada November ini.
Tidak perlu Annuar Musa menjelaskan tujuan usul ini, sebab rakyat sedia maklum tu. He!
Matlamatnya tidak ada lain bagi menggantikan Zahid Hamidi dari jawatan Presiden UMNO.
Zahid Hamidi sedang berhadapan dengan tuduhan salah guna wang rakyat di Mahkamah. Perbicaraannya kini berada di tahap akhir dimana Hakim telah pun meminta Zahid mengemukakan bukti akhir sebelum disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman.
Itu bermakna usaha Zahid yang cuba lari dari sabitan bersalah dan bakal di penjara dengan cara mengadakan pilihan raya umum lebih awal sudah tertutup.
Nampak benar pemimpin UMNO pun dapat menghidu kelicikan Zahid Hamidi.
Kalau Presiden pun sudah dianggap beban oleh kepimpinan UMNO maka begitu juga dengan Bung Mokhtar di Sabah, apa beza mereka. Bung juga akan menerima nasib yang sama dilawan dan disingkirkan.
Usul ini juga kita boleh kaitkan dengan PM Ismail sebagai langkah awal beliau merebut jawatan Presiden UMNO daripada Zahid Hamidi.

Satu usul mendesak supaya pemilihan parti disegerakan dibawa UMNO Bahagian Ketereh hari ini yang mahu ia diadakan November tahun depan.
UMNO Bahagian Ketereh diterajui oleh Tan Sri Annuar Musa, sementara usul tersebut dibentang oleh Ketua Penerangannya, Roslan Ab Hamid dan disokong wakil Pemuda bahagian, Mohd Aura Muhammad.
“Tahun 2022 adalah tahun wajib diadakan pemilihan di semua peringkat parti dan tidak boleh lewat dari November 2022.
“Justeru parti perlu menyegerakan proses tersebut agar setiap lapisan kepimpinan di cawangan, bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mendapat mandat ahli untuk melangkah menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang tempohnya sehingga 2023.
“Mandat ahli amat penting dalam proses merekayasa parti, meningkatkan integriti, serta memperkasa saf pimpinan bagi menjamin penerimaan rakyat dan memenangkan parti dlm PRU 2023,” kata Roslan dipetik laporan media ketika membentangkan usul berkenaan.
Annuar Musa yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia turut merasmikan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Ketereh semasa usul tersebut dibawa oleh perwakilannya.
Dalam sidang medianya, Annuar berkata Mesyuarat UMNO bahagian Ketereh juga meluluskan usul menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub sehingga 2023 dan menggesa pemilihan parti diadakan tahun depan.
“Tahun 2022 adalah tahun wajib diadakan pemilihan dan lagi cepat kita selesaikan pemilihan adalah lagi baik dan ia tidak boleh dikaitkan dengan pilihan raya.
“Urusan pilihan raya adalah urusan kerajaan dan perkenan seri paduka baginda Yang di-Pertuan Agong. Ia boleh datang sebelum pemilihan, ia boleh datang selepas pemilihan.
“Dari sudut parti pemilihan parti tak boleh lebih daripada 22 Nov,” kata Annuar.
Katanya, tiada alasan untuk UMNO menangguhkan lagi pemilihan parti kerana situasi Covid-19 telah mengizinkan pemilihan diadakan. (Agenda Daily)