UMNO Jadikan Ismail Sabri ‘Poster boy’ PRU-15 Muslihat Apa Lagi?

Apa lagi yang mahu ditipu oleh UMNO ni.

UMNO Bahagian Padang Terap mengusulkan sekaligus meluluskan yang Perdana Menteri Ismail Sabri akan dijadikan poster boy untuk parti UMNO pada Pilihan Raya Umum yang ke 15 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan itu diyakini akan menjadi strategi yang baik kepada parti tersebut bagi memenangi hati pengundi.

Maksud poster boy ialah gambar atau diri PM Ismail akan dicanang sebagai pemimpin nombor satu UMNO sekaligus menjadi sandaran untuk mendapatkan kemenangan.

Habis itu bagaimana pula dengan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Najib yang menjadi Raja Troll UMNO? pura pura dipinggirkan buat sementara kerana nama mereka yang sudah tercemar akibat kantoi mencuri wang rakyat.

Andai propaganda Poster Boy berjaya dan UMNO menang membentuk kerajaan maka Mahkamah akan di tukang supaya dua maling itu dapat dibebaskan.

Bukankah memperbodoh namanya tu?

Krisis penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO ni bukan hanya melibatkan Presiden UMNO Zahid Hamidi dan mantan Perdana Menteri Najib yang sudah didapati bersalah dan sedang dibicarakan. Tapi juga melibatkan beberapa lagi pemimpin pemimpin UMNO yang lain termasuklah yang mengusulkan propaganda poster boy ini.

Pengerusi UMNO Sabah juga berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah.

Pokoknya segala strategi yang sedang dirancang dan akan dijalankan menjelang pilihan raya umum ke 15. Semuanya untuk menyelamatkan maling maling yang telah terkantoi itu. Mereka ini yang menjadi keutamaan dan perlu diselamatkan sebelum terlambat.

Mahu tidak, bakal berpuluh tahun dalam penjara tu. Kalau mereka rakyat biasa, tidak apalah juga, ini tidak berstatus pemimpin UMNO yang sinonim dengan agenda jual beli bangsa dan agama.

UMNO ni kalau tidak menipu sudah lama di talkinkan. Tapi yang peliknya masih ada lagi yang mempercayainya.

Propaganda Poster Boy ini kalau di Sabah susah cari makan, ini jelas. Mungkin kalau di Semenanjung, rasanya boleh hidup, tapi kenapa ya sedangkan disana ramai yang berpendidikan tinggi. Atau yang mengundi UMNO di sana hanya terdiri dari masyarakat luar bandar atau orang kampung iaitu golongan yang menjadi sasaran UMNO untuk dibohongi.



Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: