
Kalau UMNO boleh diundi oleh orang Sabah tidakkan Warisan tidak boleh diundi oleh orang Muar, Johor.
Negara ini tidak ada pilihan parti sebab itu negara tiada perubahan besar. Justeru itu tiba masanya Warisan melebarkan sayapnya ke Semenanjung.
Begitu kata muslihat Presiden Warisan, Shafie semasa ditanya berkenaan hajat Warisan untuk membiak di Semenanjung.
Nampak jelas di sana kehipokritan Presiden Warisan. Baik dari sudut kepartian mahupun dari sudut perubahan atau kemajuan besar yang dikaitkan dengan kewujudan parti parti politik.
Kenapa admin katakan hipokrit? sebab awal kegiatan parti Warisan di negeri Sabah parti ini menekankan propaganda Sabah for Sabahan (Sabah Ubah) atau memperjuangkan perjanjian 1963 yang membawa maksud menolak secara total kewujudan parti parti dari Semenanjung dari terus bertapak di negeri Sabah.
Propaganda berkenaan telah berjaya memperbodoh pemikiran segelintir lapisan masyarakat Sabah dan sehingga hari ini ia masih melekat dikalangan mereka yang kurang mendapat pendidikan formal.
Sebab itu sehingga hari ini sentimen anti orang Semenanjung terus menular dan membiak dikalangan penyokong Warisan di negeri Sabah.
Tapi hari ini Shafie tanpa sikit pun merasa malu dan bersalah bercita cita pula inginkan membesarkan kandang Warisan hingga ke Semenanjung. Macam mana tu?
Pada penyokong Warisan yang sebelum ini lantang menolak kehadiran orang Melayu dan parti dari Semenanjung, sekarang apa cerita? adakah andai ada penyokong UMNO di Semenanjung yang menyokong Warisan, mereka itu bukan pengkhianat. Memandangkan jika ia berlaku pada Warisan orang itu akan kamu panggil sebagai pengkhianat!
Kenapa Shafie mendakwa Malaysia masih belum menerima perubahan sedangkan dia sendiri pernah menjawat Naib Presiden parti dalam parti yang dia agung agungkan iaitu UMNO hingga dia diberikan jawatan Menteri KKLW?
Shafie pernah memegang jawatan Menteri KKLW selama hampir dua penggal dan telah menerima peruntukan sehingga 6 bilion ringgit. Tapi sayang berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh pemimpin PKR pada waktu itu, ternyata peruntukan berkenaan telah disalahguna hingga Sabah tidak menerima pembangunan yang sewajarnya.
Pada orang Semenanjung, kamu percaya kah pada parti yang ditolak oleh orang Sabah buktinya sudah dua pilihan raya iaitu umum dan negeri tapi parti ini tidak pernah memenanginya.
Baru 22 bulan Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah tapi sudah ada dikalangan pemimpin Warisan yang kantoi menyeleweng hingga dihadapkan ke Mahkamah. Parti ada guna kah ni?