Angkara Salah guna Kebaikan Mahkamah, Prosiding Terpaksa Ditunda

Gara gara Najib lari dari tujuan asal yang diberikan oleh Mahkamah iaitu kebenaran keluar negara untuk melawat cucunya yang berada di Singapura. Dengan pergi bermain golf, menyebabkan MySejahtera Najib bertukar menjadi kuning, hal ini memaksa perbicaraan yang dijadualkan hari ini dipindah ke hari esok.

Pertanyaannya, kali ini berapa ribu pula kerugian yang dialami oleh kerajaan ni? Najib ni tidak habis habis menyusahkan.


Istimewa betul pemimpin UMNO ni ya, macam Malaysia ini mereka yang punya. Sempat lagi mencuri kesempatan dari kebaikan Mahkamah walaupun kesalahan yang dibicarakan lebih besar dari perbuatan mengedar dadah dan membunuh. Hemmm!

Peguam Hariharan Tara Singh berkata sepatutnya prosiding hari ini berkaitan kes tuduhan menggunakan kuasa Perdana Menteri pada waktu itu untuk memperolehi suapan berjumlah RM23.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan penggubalan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama di hadapan Hakim Collin Lawrence


KUALA LUMPUR – Prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin ditangguhkan esok.

Penangguhan itu kerana status MySejahtera bekas Perdana Menteri itu menunjukkan bahawa beliau adalah Orang Di Bawah Pengawasan (PUS).

Peguam Datuk Hariharan Tara Singh berkata demikian ketika prosiding kes tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Hariharan yang mewakili Ahli Parlimen Pekan itu berkata, status MySejahtera Najib dan peguam utamanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah masing-masing sebagai PUS dan kontak kasual.

Menurutnya, Najib dan Muhammad Shafee telah melakukan ujian RTK-Antigen Covid-19 dan keputusannya negatif.

“Pagi tadi, status Muhammad Shafee adalah kontak kasual manakala Najib adalah PUS, jadi mereka tidak dibenarkan masuk ke mahkamah.

“Ketika di lobi mahkamah, mereka diminta mengemas kini MySejahtera, ia bertukar biru (berisiko rendah) lalu dibenarkan masuk.

“Setibanya di sini (dalam mahkamah), kakitangan mahkamah sekali lagi meminta mereka mengemas kini status MySejahtera dan keputusan kembali kepada PUS dan kontak kasual,” katanya.

Hakim Sequerah kemudian mengarahkan Najib dan Muhammad Shafee mengambil ujian RTK Covid-19 dan memaklumkan keputusan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) supaya status mereka dapat dinilai semula.

Hariharan berkata, meskipun ujian RTK dilakukan dengan keputusannya negatif, status MySejahtera itu tidak berubah.

Mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) katanya, individu yang didapati mempunyai kontak kasual perlu menjalani kuarantin selama 10 hari.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib mencadangkan perbicaraan dilaksanakan menerusi hibrid (secara talian dan fizikal).

Katanya, hakim dan pasukan pendakwaan akan hadir ke mahkamah seperti biasa dan mengikuti prosiding secara fizikal, sementara Najib serta pasukan pembelaannya mengikuti prosiding secara dalam talian.

Bagaimanapun, Hariharan membantah cadangan itu dengan mengatakan bahawa untuk menyoal balas saksi secara dalam talian adalah tidak adil dan prejudis kepada anak guamnya.

“Tidak logik dan tidak munasabah jika pihak pendakwaan mencadangkan prosiding dibuat secara hibrid kerana saksi yang akan disoal balas merupakan saksi penting.

“Melihat kepada senarai saksi antaranya Ketua pegawai kewangan 1MDB, Azmi Tahir, beliau adalah satu-satunya pegawai dalam syarikat yang dipanggil ke mahkamah,” katanya.

Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, hakim Sequerah menetapkan pada Selasa untuk memutuskan sama ada permohonan prosiding secara hibrid dibenarkan atau sebaliknya.

Najib, 69, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung esok.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: