PM Ismail Ingatkan Ahli UMNO Jangan Lupa Diri

Perdana Menteri Malaysia yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Ismail Sabri mengingatkan ahli UMNO agar jangan lupa diri, ini kerana kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang bukan disebabkan UMNO menang pada pilihanraya umum .

Sebaliknya kerajaan ini dibentuk melalui kerjasama parti parti lain seperti Bersatu dan PAS. Tetapi ramai yang sengaja melupakan perkara ini, punyalah tolol, gila kuasa dan tamak.

Dan untuk makluman pembaca yang mencalonkan Datuk Ismail sebagai calon Perdana Menteri ialah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malangnya yang menggigit Bersatu dan PAS hari ini ialah pemimpin dan penyokong UMNO yang ditolak oleh rakyat pada pilihan raya umum yang lalu.

Beliau juga mengingatkan ahli UMNO berhubung penubuhan UMNO yang bertujuan untuk menyatupadukan umat Islam dan Melayu tetapi apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya atau terbalik.

Mahu tidak terbalik kalau tampak UMNO sendiri yang mempertahankan kebatilan. Iyalah pemimpin UMNO yang kantoi maling oleh Mahkamah dipertahankan separuh mati.

Sedangkan tidak semua penyokong dan ahli UMNO yang sudi menerima pemimpin UMNO yang kantoi mencuri. Sebab itu jugalah golongan ini lantang mendesak supaya pemilihan UMNO segera diadakan.

Tengok saja sokongan yang diterima oleh Najib Razak walaupun sudah dua sistem kehakiman mendapati Najib bersalah mencuri wang rakyat dalam skandal SRC. Terdahulu Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan terbaru Mahkamah Rayuan yang mempertahankan keputusan Mahkamah Tinggi itu. Malah dikenakan denda sehingga lebih RM200 juta.

Namun begitu masih ramai jentera UMNO yang terus mencipta cerita bohong demi mempertahankan si UMNO yang kantoi mencuri. Tapi tengok sekiranya kes ini dihadapi oleh orang biasa, cepat tu dibicarakan dan dipenjarakan. Siapa juga pemimpin UMNO ni, spesial sangat ni haram jadah betul, mereka ingat negara ini milik UMNO kah?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: