
Najib ini betul betul kurang ajarlah. Sudah dia tahu dirinya telah pun didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan kerana mencuri wang rakyat melalui anak syarikat 1MDB, SRC. Tapi masih lagi beranggapan dirinya bukan penjenayah malah seolah olah mempermainkan kebenaran Mahkamah.
Kalau kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah hanya untuk melawat cucu di Singapura, maka selesai itu baliklah ke Malaysia, jangan lagi bersuka ria atau menunjuk nunjuk, nanti apa pula kata rakyat.
Jalani dulu hukuman penjara 12 tahun tu wahai Najib barulah selepas itu boleh dikatakan bersih.
Betul betul ini pemimpin UMNO, sikit pun tidak ada rasa malu dan bersalah baik terhadap dirinya mahupun masyarakat, khasnya rakyat Sabah dan Sarawak yang majoritinya amat amat membenci UMNO. Sedangkan tanpa kekayaan dari dua negeri ini, tidak ada apa yang dapat dicuri oleh mereka.
Datuk Seri Najib Razak mengakui turut bermain golf ketika berada di Singapura setelah mendapat pelepasan sementara pasportnya baru-baru ini, sebelum Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman bersabit kes SRC International Sdn Bhd pada 8 Disember lalu.
Najib yang dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi, mengakui bermain golf bersama seorang jutawan Singapura yang dikenalinya ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.
Susulan tular gambar beliau bersama jutawan Sam Goi Seng Hu – pemilik projek Sutera Harbour di Sabah – Najib membidas pihak-pihak tertentu yang mempersoalkan masa peribadinya yang terluang ketika berada di Singapura.
“Tak kan saya bersama cucu 24 jam setiap hari selama tempoh 6 hari saya berada di Singapura?,” tulis Najib di Facebook beliau hari ini.
Oktober lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober hingga 22 November untuk menemani anaknya, Nooryana Najwa di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua.
Pada 3 November pula Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib meminda tarikh bagi pelepasan dan pemulangan pasportnya untuk ke Singapura, mulai 25 Oktober hingga 6 Disember.
8 Disember lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Najib bersabit kes pertuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd selepas rayuannya ditolak.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan – Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera – membuat keputusan menolak rayuan bekas Perdana Menteri itu selepas mendapati permohonan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.
Mengulas lanjut mengenai gambar beliau bersama jutawan itu di padang golf di Singapura, Najib berkata Sam Goi kini berada di tempat ke-23 dalam senarai Forbes paling kaya di Singapura dengan kekayaan AS$1.7 bilion.
“Ya, kereta Rolls-Royce itu adalah milik dia.
“Dia juga telah melabur di Malaysia dan kini memiliki projek Resort Sutera Harbour di Sabah,” kata Najib.
Katanya, jutawan itu memberitahu bahawa beliau (Sam Goi) adalah peminat dasar-dasar ekonomi dan pembangunan ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan telah meminta untuk diperkenalkan kepadanya.
“Masa kita bertemu, dia banyak meminta pandangan saya tentang hala tuju pembangunan dan ekonomi negara sebab dia ingin lebih melabur di Malaysia.
“Adakah ianya salah bagi saya untuk gunakan masa peribadi saya untuk beri pandangan saya kepada pelabur asing yang ingin melabur ke Malaysia biarpun saya bukan PM lagi dan bukan Menteri?,” soal Najib. (Agenda Daily)
Tinggalkan Jawapan