Yang Mencuri Najib Tapi Yang Dia Salahkan Orang Lain

YANG MENYAMUN DIA(NAJIB), LEPASTU SALAHKAN ORANG LAIN, ITULAH DIA NAJIB KLEPTROKRAT

Selama 9 tahun dari 2009 hingga 2018…

▪️ Dialah PM
▪️ Dialah Menteri Kewangan
▪️ Dialah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB
▪️ Dialah Pengasas 1MDB
▪️ Dialah berkuasa mutlak meluluskan sebarang pelaburan dan komitmen kewangan 1MDB
▪️ Dialah berkuasa melantik semua Ahli Lembaga Penasihat, Lembaga Pengarah, Pengurusan Tinggi, Pegawai² Pelaburan & Kewangan, Penasihat, Syarikat² JuruAudit, Perunding² dan Peguam² 1MDB

▪️ Dia yang lantik Jho Low sebagai Penasihat Khas
▪️ Dia yang lantik Mohd Hazem sebagai CEO 1MDB
▪️ Dia yang lantik Shahrol Halmi sebagai CEO 1MDB
▪️ Dia yang lantik Arul Kanda sebagai CEO 1MDB
▪️ Dia yang lantik Jasmine Loo, Casey Tang, Terence Geh dan ramai lagi balaci² Jho Low dalam pengurusan 1MDB
▪️ Dia yang luluskan berpuluh bilion pinjaman oleh 1MDB
▪️ Dia yang luluskan deal dengan Petrosaudi Limited
▪️ Dia yang luluskan deal dengan Aabar
▪️ Dia yang deal dengan pegawai² Goldman Sachs
.
▪️ Dia yang approve bayaran berbilion kepada Goodstar Limited milik Jho Low
▪️ Dia yang approve bayaran berpuluh bilion kepada Aabar palsu
▪️ Dia yang lepaskan Jasmine Loo, Casey Tang dan lain² dari wanted list BNM
▪️ Dia yang halang penilaian semula aset pelaburan JV dengan Petrosaudi Ltd
▪️ Dia yang halang sesiapa pun untuk menyiasat berbilion duit SRC yang diseleweng ke Switzerland
▪️ Dia yang tidak peduli arahan BNM dan Lembaga Pengarah 1MDB supaya wang pelaburan yang dia bayar kepada Goodstar dibawa pulang ke Malaysia
▪️ Dia yang gagal buktikan 2.6 bilion adalah derma Arab

▪️ Dia yang menipu di Parlimen konon berbilion duit pelaburan Units Just Units telah ditunaikan dan berada di BSI Bank Singapura
▪️ Dia yang selama menjadi PM mengaku sesen pun duit 1MDB tidak hilang dan setiap sen telah diaudit.
▪️ Dia yang bubarkan Task Force untuk menyiasat kes 1MDB
▪️ Dia yang lantik dan tukar Pengerusi PAC
▪️ Dia yang tukar Ketua dan Pengarah² SPRM
▪️ Dia pecat Peguam Negara
▪️ Dia buat pengakuan² yang dinafikan oleh Gabenor BNM
▪️ Dia lantik Gabenor BNM baharu yang ikut telunjuk dia

▪️ Dia lantik Ketua Polis Negara yang gagal menyiapkan walau satu pun kes siasatan terhadap 1MDB
▪️ Dia lantik Apandi Ali Peguam Negara baharu yang lepaskan dia dari sebarang tuduhan
▪️ Dia lantik Dato Dzulkifli Ketua SPRM baharu yang bersekongkol dengan Peguam Negara untuk dedahkan hasil siasatan SPRM terhadap dia
▪️ Dia biarkan Jho Low dan balaci²nya bebas selama dia menjadi PM
▪️ Dia atur supaya CEO dan Pengarah SRC iaitu Nik Faisal dan Mohd Suboh terlepas dari siasatan PAC dan lari bersembunyi di luar negara.

▪️ Dia tangkap dan lokap individu dan peguam yang buat laporan polis terhadap dia berkaitan kes 1MDB
▪️ Dia tukar ganti 3 firma audit antarabangsa yang enggan manipulasi laporan audit 1MDB

▪️ Dia tolak laporan penyelewengan dana 1MDB oleh DOJ, MAS, FINMA, JAN dan PAC (luar dan dalam negara).
▪️ Dia hadiahkan pegawai² 1MDB yang ikut arahan dia dan Jho Low dengan gaji berjuta² atau jawatan² tinggi.
▪️ Dia tidak pernah ambil tindakan undang² maupun menyiasat walau seorang pun pegawai² lantikan dia yang didapati terlibat dalam skandal 1MDB.

Panjang lagi kalau hendak disenaraikan kelibat sang Penyamun ini sepanjang 9 tahun tersebut, sehinggalah dia tumbang dan diheret ke mahkamah.

Iaitu apa yang dia buat, tidak buat, halang dan tidak halang yang tidak selari dengan penafian dia konon dia tidak bersalah.

Pokok pangkalnya, semasa dia berkuasa sebagai PM dan merancang penyelewengan berpuluh² bilion kewangan dan pelaburan bersama² dengan Jho Low, Riza Aziz, penyangak² Arab dan pegawai² lain, TIADA SEORANG PUN YANG DIA TANGKAP, SIASAT DAN DAKWA.

MEREKA SEMUA BEBAS DAN LEPAS DI ZAMAN NAJIB.

PENYANGAK² MULA LARI BERSEMBUNYI DI ZAMAN NAJIB.

TIADA SIAPA DIDAKWA DI ZAMAN NAJIB.

TIADA SESEN DUIT 1MDB HILANG KATA NAJIB DI ZAMAN NAJIB???.

Pada hari ini, Najib sudah mengaku berpuluh² bilion dana 1MDB dan SRC diseleweng dan Najib mendakwa dia tidak tahu, tidak sedar, tidak diberitahu dan dia mangsa penipuan.

Pada hari ini, Najib menyalahkan semua orang termasuk semua pegawai² lantikan dia sendiri, dari kerani dan office boy, hingga ke CEO, CFO, Syarikat² Audit, Peguam², Bankers dalam dan luar negara hinggalah ke Ahli² Lembaga Pengarah 1MDB pilihan dan lantikan ‘hand-picked’ atau orang² kepercayaan dia sendiri.

Setiausaha² dia sendiri seperti Dato Azlin dan Amhari pun dia salahkan.

SEMUA ORANG BERSALAH KECUALI DIRI DIA.

KECUALI DIA, ROSMAH DAN RIZA AZIZ

Contohnya dalam kes perbicaraan 1MDB yang sedang berlangsung ini. Dia salahkan Mohd Hazem pulak. Dia perli Mohd Hazem tidak tahu itu ini semasa disoal jawab di dalam mahkamah.

Bukankah dia sendiri yang berpuluh² kali sering beri jawapan tidak tahu bila disoal didalam mahkamah?

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

PIMPINAN BAPAK PENYAMUN NEGARA

Sumber Whatsapp

  • Boleh Tunjukkan Satu Bukti Kejayaan Kerajaan Warisan – GRS (Video)

    Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua GRS, Datuk Hajiji Noor mencabar kepimpinan parti Warisan agar menunjukkan satu bukti iaitu kejayaan sepanjang mereka sepanjang menjadi kerajaan Sabah selama 22 bulan. Hakikatnya tiada satu pun kejayaan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Sabah yang mereka tahu hanya memfitnah ke sini sana atau dimana pun mereka berada. Samalah tu……

  • Laskar Warisan Menyamar Sebagai Setiausaha Politik Kepada KM Hajiji

    Semalam tersebar masej suara yang didakwa oleh laskar Warisan itu sendiri sebagai setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah atau bapanya sebagai setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor. Jadi saya tanya mereka, siapa setiausaha politik berkenaan. Ada yang berani menjawab, dia adalah setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor. Terus saya……

  • Team Zahid Kalah Pemilihan UMNO Johor Cetus Pergaduhan

    Dari “utara” sampai ke Sabah tampaknya pemilihan yang dijalankan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi ini penuh dengan insiden pergaduhan. Akibat didakwa berlaku penipuan semasa proses pembuangan undi dan menambah jumlah undi dimana bila dikira tidak sama dengan jumlah perwakilan yang layak mengundi. Hanya pihak yang yakin Presiden di belakang mereka yang berani memanipulasi pemilihan seperti……

  • Bertumbuk Semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Lahad Datu

    Pergaduhan sewaktu Mesyuarat Perwakilan atau Pemilihan UMNO Bahagian Lahad Datu tahun 2023. Entah siapa yang memulakan provokasi itu. Memandangkan insiden ini telah sampai ke pengetahuan pihak Polis, jadi kita tunggu saja dapatan mereka, supaya kita pasti siapa sebenarnya yang mencetuskan pergaduhan ini. Pergaduhan secara fizikal atau bertumbuk semasa pemilihan parti bukan perkara baru di Lahad……

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: