
Ekonomi kebanyakan negara negara jiran tetap utuh walaupun juga melaksanakan darurat Covid-19.
Sebelum ini Najib yang kantoi mencuri wang rakyat melalui skandal 1MDB telah membuat telahan kosong berhubung ekonomi Malaysia yang jatuh sehingga -4.5%.
Menurut maling UMNO itu ia disebabkan kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini bilamana melaksanakan PKP atau darurat.
Walhal Najib pada ketika itu juga mendesak kerajaan Perikatan Nasional agar segera melaksanakan darurat bagi mengelakkan negara kronik akibat serangan Covid 19. Macam haram betul perangai pemimpin UMNO seorang ini. Kuat betul bercakap terbalik pandai memanfaatkan ketakjuban totok totok UMNO.
Tapi kenapa ekonomi negara jiran Filipina meningkat +7.1%, Singapura +6.5% dan Indonesia +3.5% tetap utuh malah berkembang sedangkan mereka juga menguatkuasakan darurat?
Najib semua pihak dia salahkan sedangkan rakyat Malaysia terpaksa berbelanja mencecah 4 bilion ringgit hanya untuk membayar hutang yang dia malingkan. Adakah bebanan hutang 1MDB tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi ,bagaimana pula dengan kepercayaan pelabur?
Hakikatnya kemerosotan ekonomi Malaysia hari ini bukan kerana darurat. Tapi pelabur luar yang takut melabur di Malaysia sejak mereka tahu Malaysia di urus oleh pemimpin UMNO yang terkenal maling. Di negara jiran pemimpin yang didapati bermasalah oleh Mahkamah kerana maling akan dipenjarakan berbeza dengan pemimpin UMNO. Bukan hanya berada diluar malah boleh ke luar negara dan hukuman penjara yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah boleh dipersoalkan dengan cara membuat laporan Polis.
Orang Sabah dan Sarawak jangan kamu menyokong pemimpin kantoi maling seperti Najib tu, sebab ia hanya akan menjatuhkan martabat yang membuktikan anda tidak ada semangat negara bangsa.

Tinggalkan Jawapan