Setujukah Jika Pas Letak Syarat UMNO/BN Guna Logo UMNO?

Admin nak tambah sikit, sanggupkah UMNO/BN menggunakan lambang UMNO di semua Pilihan Raya terutamanya di Sabah dan Sarawak, memandangkan tidak ada perkara menguntungkan yang dilakukan oleh kerajaan pasti dikaitkan dengan UMNO.

Tapi bab maling juta juta bilion bilion wang rakyat, dari tingkat yang paling tinggi sehingga ke tingkat yang paling macai berusaha menafikannya. Mereka akan beralasan sebenarnya UMNO itu baik hanya pemimpinnya yang lupa diri. UMNO ni macam agensi tipu tipu.

Tapi kenapa UMNO takut menggunakan logo sendiri?


Gambar kecil: Misbahul Munir Masduki

Gambar kecil: Misbahul Munir Masduki

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Misbahul Munir Masduki mempersoalkan niat UMNO meminta Pas menggunakan lambang parti sendiri dan bukan Perikatan Nasional (PN), bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai syarat kerjasama dua parti Melayu itu.

Beliau berkata, sekiranya UMNO sanggup meletakkan syarat itu atas alasan memperkukuhkan semangat permuafakatan Muafakat Nasional (MN), adakah parti itu sanggup meninggalkan penggunaan lambang Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka sekiranya Pas pula meletakkan syarat sedemikian.

Jelas beliau, sekiranya Pas mahu meletakkan tekanan terhadap UMNO, Pas boleh sahaja menggunakan alasan persepakatan MN tidak melibatkan parti-parti lain dalam BN seperti MCA dan MIC untuk mewujudkan ‘syarat kerjasama’ tidak masuk akal sebegitu.

“Yang timbulkan masalah ini (lambang pilihan raya) adalah BN, bukan Pas. Satu lagi, kalau BN mahu bekerjasama dengan Pas mengapa letak syarat?

“Kalau begitu, Pas pun boleh juga letak syarat, sebab MN adalah antara Pas dan UMNO dan bukan dengan MIC dan MCA…Setujukah UMNO hanya boleh guna lambang UMNO dan bukan BN pada PRN Melaka?

“Jangan hanya kerana Pas bersama PN, jadi UMNO sanggup letak syarat ‘berat-berat’ tidak boleh guna lambang selain ‘bulan’ untuk muktamadkan kerjasama,” katanya kepada Sinar Premium pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang memutuskan parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan Pas di bawah semangat MN sekiranya parti itu memutuskan untuk menggunakan lambang pilihan raya parti sendiri bagi menghadapi PRN Melaka, 20 November ini.

Pendirian badan pembuat dasar tertinggi UMNO itu dikemukakan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas satu mesyuarat MKT parti diadakan pada 28 Oktober lalu.

Berikutan syarat ditetapkan UMNO itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kemudiannya mengesyorkan semua parti yang mahu bekerjasama dengan parti itu supaya menggunakan lambang Pas iaitu ‘bulan’ bagi menghadapi PRN Melaka.

Terkini, Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan PN masih belum membuat keputusan untuk menggunakan lambang pilihan raya apa dan akan membincangkan perkara itu dalam masa terdekat.

Isu penggunaan lambang pilihan raya mencetuskan polemik dalam kalangan Perikatan Nasional (PN), Pas dan UMNO ketika ini.

Isu penggunaan lambang pilihan raya mencetuskan polemik dalam kalangan Perikatan Nasional (PN), Pas dan UMNO ketika ini.Download

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal, 16 November.

Sehubungan itu, Misbahul Munir yang juga Ketua Penerangan Pas Perak menegaskan parti Islam itu sebenarnya tiada masalah bekerjasama dengan sesiapa, asalkan tiada sebarang syarat ‘berat-berat’ diletakkan.

Hal ini kerana sekiranya syarat ‘berat-berat’ dijadikan sandaran untuk kerjasama, maka Pas terpaksa bincang di peringkat dalaman dengan parti tidak boleh terus akur dengan kehendak UMNO.

“Kita ada organisasi tersendiri, lagi pun dalam Perlembagaan Pas disebut, perkara yang menentukan dasar parti termasuk penggunaan lambang pilihan raya, perlu diputuskan oleh organisasi pembuat dasar tertinggi iaitu Majlis Syura Ulamak.

“Saya setuju pandangan kedu-dua pihak, sama ada PN dan BN, perlu menyerahkan kepada Pas untuk membuat keputusan menggunakan lambang pilihan raya.

“Sebarang ketetapan yang mendahului pendirian Pas seolah-olah memberi gambaran mereka tidak menghormati Pas,” katanya.

Di sebalik polemik berkaitan isu lambang pilihan raya yang tercetus antara Pas, PN dan UMNO, Misbahul Munir berpandangan kaedah permuafakatan paling penting perlu dicapai semua parti berkenaan adalah mengelakkan pertembungan lebih dua penjuru.

Tambah beliau, Pas komited untuk tidak meletakkan sebarang calon di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi UMNO dan Bersatu.

“Kalau semua pakat bersetuju (bekerjasama), Bersatu diberikan ruang bertanding tiga atau empat kerusi, Pas pun dapat sedikit kerusi. UMNO pastinya akan bertanding lebih banyak kerusi DUN.

“Jadi, apa susah sangat hendak terima Bersatu? Bersatu bukan mahu bertanding banyak kerusi pun.

“Pas pun, walaupun kami sedar kekuatan parti di Melaka, janganlah sampai langsung tidak diberi kerusi. Tidak betul suruh penyokong Pas undi BN tetapi kami sendiri tiada kerusi untuk bertanding,” katanya.

Sinar Harian.

One thought on “Setujukah Jika Pas Letak Syarat UMNO/BN Guna Logo UMNO?

Add yours

  1. Hola..menyibuk bonar bab nie..patutnya sedar..siZahid tuu..sindir..wujud lagi kerrr MN..yg sengal sebut MN itu assistant poyo Tok Mat nogori tuuhh..ginilah..minta Pas usah kecor air liur..asal MN..aja lentok..allah hu..patutnya Pas sedar..dari gazet riuh MN..yg tanding BN@Umno toksik..anna terus terang..Melayu nie berlambak merata..semua lihat apa MN itu..anna mmg dah tahu..terbalik jongkang pun..umno tetap dgn perangai sundalnya..saja umpan Pas..yg anna lihat..Tok TiTM nie rajin mengarut sikit..betul..mau MN..tanding guna logo msg msg atau daftar MN buat logo MN baru adil dan tidaklah disebut sindir dek org..Pas itu hamba abdi BN Umno..pasal apa..undi undi org parti Pas..yg boleh buat BN Umno megah menang tanpa ajak sekali pihak Pas sama sama joint raih team tag MN menang..sudah sudahlah..ikutkan pihak anak muda parti Pas..bukan bdk bdk baru kenal politik..malah ..baran mereka pun membuak..namun dasar hormat Guru..pendam aja walau berbuku..fokus aja dgn PN..work team dgn PN..biar anak anak muda ini lebih seronok bekerja dgn anak anak muda PN..mereka lebih mudah saling mesra dan tiada segan silu andai ‘naik ke pentas PN ceramah..Tanjung Piai..dah lihat gelagat mereka..anna cukup benci..tatkala anak muda BN Umno ini..lagak tak reti hormat kawan..jadi..kasihan bdk bdk Pas..beri mereka semua peluang kenali lebih mesra baik lagi ..dgn PPBM🌺..Learn together work together..sebab Fokus anak muda nie penting..anna mahu lihat bakat bakat politik mereka lebih dekat lagi..usah diusung kejap ke BN Umno..kejap pulak ke PN..kesian mereka semua..lagipun ini request from Federal State Putrajaya🇲🇾..terus terang..selagi tepu toksik rosak atasan..anna dah lama dgn BN..anna dah lihat..ngoknya mereka masa TN50..enough..it’s only dream..not future as they want..pak turut..tak reti mahu fikir luar logik..setuju aja..padahal..menimbun taik bergunung depan mata..selagi kotoran itu tak dibersihkan..nak lalu kok mana..terjun parit..ke redah aja..sudahlah..jgn aniaya anak anak muda parti pas serta seluruh nya dalam🇲🇾..politik..ajar dgn betul cara..sebab..masa depan semua begitu berharga..tolong anna lagi baik..drpd menepek kat BN Umno yg NO TQ to Pas pun bila…menang..rugi tiap pengundi pas..Krjn 🇲🇾 depan mata mereka..jgn jadi mcm Dap ..PKR ..warisan++ serta PAN..berlagak kerana menang tapi..MCA sanggup kalah tak apa..penting undi Dap solid..MIC..kalah tak apa..yg masuk undi solid utk PKR (bangsa mereka juga..india)..Umno itu ‘itu magic ade bikin lahhh..sungguh..PRU 14..rabak sampai kote terjuntai ..jadi pihak Parti Pas…don’t do same mistake against us 🌺…kasihan..Melayu..bagi peluang Melayu hidup sekejap bersama🌺kami..byk lagi miskin miskin..berehsan lah nescaya si miskin tetap doakan yg baik baik utk seluruh ahli ahli Parti Pas🇲🇾 Aamiin..😊

    Anrazyariff1972😊

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: