
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali menegaskan yang calon calon Perikatan Nasional dari parti PAS, Bersatu dan Gerakan akan menggunakan logo yang sama iaitu logo Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi pilihanraya negeri Melaka 2021.
Ertinya ugutan UMNO pro Kluster Mahkamah supaya PAS menggunakan logo sendiri masa pilihan raya negeri Melaka tidak dipandang.
Ngamlah tu dalam keadaan PAS berusaha menjaga hati UMNO dan Bersatu. Tapi UMNO masih berlagak abang besar, apa kah UMNO tidak terfikir sekiranya PAS tunduk pada ugutan itu maka PAS akan kehilangan harga diri, sebaliknya jika kekal dengan keputusan menggunakan logo Perikatan Nasional maka PAS akan disanjung.
Lain cerita UMNO mulai merasa bahang kekalahan, ini berdasarkan sambutan masyarakat tempatan ke atas pemimpin pemimpin utama UMNO yang hadir di tempat mereka.
Penganalisis politik juga berpandangan Pakatan Harapan telah mendapat sokongan sehingga 60% berbanding UMNO.
Sebabkan itu dalam diam UMNO sedang mengadakan perundingan dengan Perikatan Nasional bagi mencari ruang persefahaman yang diketuai Perdana Menteri, memandangkan kerajaan ini dibentuk atas kerjasama Bersatu dan PAS. Alasan para penggerak politik Kluster Mahkamah saja tu! He
Apa pun mari kita berikan semangat setiakawan sekiranya UMNO benar ingin bekerjasama dengan Perikatan Nasional. Biar sama sama mendapat kemenangan.
Mana Logo PN dlm kertas UNDI?
LikeLike