Shafie Tidak Merasa Jawatan Ketua Menteri Tanpa Lompat Parti

Shafie sejak menjadi pembangang semakin menjadi jadi pula perangai hipokritnya. Kenyataannya macam orang yang baru dalam politik dan seolah olah tidak pernah melakukan kesalahan hatta ketika bersama UMNO.

Tadi admin terbaca kenyataannya yang menghina wakil wakil rakyat yang meninggalkan parti asal mereka. Seolah olah jawatan Ketua Menteri yang dipegangnya beberapa bulan lalu bukan kerana sumbangan Adun Adun yang melompat setelah ditawarkan jawatan sebesar Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Pada pilihan raya umum ke 14 Warisan Plus memenangi 29 kerusi DUN berbanding BN (STAR) mendapat 31 kerusi. Tapi oleh kerana Adun UPKO dan beberapa Adun BN melompat untuk membentuk kerajaan negeri Warisan. Maka Shafie pun dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Tapi semalam Shafie beretorik kononnya perlu diadakan peraturan dimana Adun Adun yang melompat parti tidak lagi dibenarkan ikut bertanding di pilihan raya buat selamanya.

Demokrasi apa yang dipakai oleh Shafie ni?

Hakikatnya tanpa Adun UPKO/BN yang melompat parti kempunan Shafie merasa jawatan Ketua Menteri Sabah.

Jadi tentang mana Shafie layak bercakap pasal Adun yang melompat parti? Hipokrit!

Shafie juga bercakap pasal kemiskinan yang tidak dibela oleh Adun yang melompat parti. Realitinya sejak kepimpinan Shafie, tidak ada satu pun Adun di Semporna yang melompat parti, tetapi keperluan asas orang orang kampung di kawasannya, tampak begitu begitu juga walaupun Shafie pernah menjawat beberapa kementerian termasuklah Menteri KKLW dan Ketua Menteri Sabah. Melainkan kroni siputnya dan kerabatnya yang puas mengalami perubahan.

Shafie, untuk pengetahuan mu melompat parti tidak hanya dilihat dari konteks seorang wakil rakyat tapi juga dari konteks jentera dan ahli parti di peringkat akar umbi. Pada pilihan raya umum 2018 ramai ahli UMNO di Semporna yang menyokong dan mengundi calon Warisan. Apa pula hukuman yang wajar untuk mereka ni?

Jangan terlalu hipokrit Shafie. Kalau kamu yang melakukannya ia tidak menjadi persoalan tapi kalau orang lain ikut melakukannya ia menjadi satu kesalahan pula ya. Hemmm!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.