Lokman Balik Jadi Ahli UMNO – Moral Pada Parti Kerajaan Lain

Sebab itu jangan percaya sangat bila UMNO bertindak ke atas ahli mereka. Apa lagi pertelagahan sesama pemimpin UMNO. Itu tidak akan membuat parti mereka terbengkalai. Tengok sekarang, walaupun Lokman pernah beriya iya memalukan Zahid dan Timbalan Presiden UMNO Tok Mat. Malah pernah membahasakan Naib Presiden UMNO Ismail Sabri semakin pemimpin bodoh.

Tapi hari ini Si Lokman Adam yang kuat mengada ngadakan diterima semula sebagai ahli UMNO. Nampak?

Moralnya untuk parti parti dalam kerajaan, perkuatkanlah parti masing masing terutamanya para jentera parti. Bersatulah lupakan perbezaan, kalau ada prasangka yang kurang enak sesama pasukan buanglah jauh jauh. Dan yang paling penting juga kerjalah kuat kuat. Ingat politik adalah politik!


Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Rabu membuat ketetapan untuk menerima semula Lokman tetapi hanya sebagai ahli biasa.

“Menerima Lokman yang telah dipecat keahlian beliau sebagai ahli biasa UMNO adalah proses biasa. Sebelum ini pun, ramai ahli UMNO yang dipecat diterima semula sebagai ahli biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.

Sementara itu, Lokman dalam reaksinya berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sambil berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan MT UMNO, Lokman turut berazam untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

SinarHarian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: