Mazlan Kecewa Akta Dana Parti Tiada Dalam MoU πŸ˜


Ahmad tidak berpuas hati pada kerajaan keluarga Malaysia sebab akta dana politik tiada dalam MoU. Mamat ni ingat DAP tu terlalu bodoh hingga sanggup mengorbankan kredibiliti mereka di mata kaum Cina yang majoritinya adalah penyokong DAP dan anti UMNO

MoU yang dimaksudkan ialah persefahaman yang telah ditandatangani di antara Pakatan Harapan dan kerajaan.

Atau ini juga taktik licik terbaru UMNO aka kluster Mahkamah. Memandangkan Ahmad, Najib, Zahid dan Lim Guan Eng sendiri terpalit dengan tuduhan penggubalan wang haram. Hahaha!

Dimana seandainya akta ini berjaya dimaktubkan maka terlepaslah kluster Mahkamah dari tuduhan penggubalan wang haram, begitu juga dengan Lim Guan Eng.

Lama lama rakyat akan berfikiran MoU itu adalah MoU khusus untuk Kluster Mahkamah. Hahaha!

Pun begitu sejujurnya admin bersetuju kalau akta dana politik di perkenalkan.

Satu lagi, admin minta maaf andai ada pemimpin pemimpin UMNO yang merasakan admin ini terlalu spoken. Apa yang admin lakukan ini hanyalah bertujuan untuk membalas tentang apa yang telah dilakukan oleh laskar UMNO dan laskar Kluster Mahkamah terhadap wakil wakil rakyat Bersatu atau GRS. Admin pun pelik entah kesalahan apa yang mereka telah lakukan walaupun masa itu UMNO juga berada dalam kerajaan Perikatan Nasional.


Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan tidak berpuas hati akta dana politik tidak terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan dengan pembangkang yang ditandatangani pada Isnin di Parlimen.

Setiausaha Agung UMNO itu yang sedang berdepan kes mahkamah berkata menjadi mangsa sehingga diheret ke muka pengadilan dan mendakwa dirinya tidak tersenarai dalam Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana dituduh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima sejumlah wang dana politik dan tidak membayar cukai.

β€œAda perkara yang tidak disebut dalam MoU antara kerajaan dan pembangkang iaitu akta dana politik.

β€œPada 2016, sudah ada draf Political Donation and Expenditure Act (PDEA), kenapa tidak dilaksanakan perkara ini?” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau kemudiaan mengungkit sepatutnya pemberi dan penerima dana politik tidak sepatutnya dizalimi, ia secara tidak langsung merujuk kepada dirinya yang sedang berdepan pertuduhan di mahkamah ketika ini.

β€œMaka perlu diadakan kerana pemberi dan penerima tidak patut dizalimi.

Ahmad berdepan dua tuduhan pengubahan wang haram kerana gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tuduhan memberikan kenyataan palsu kepada SPRM.


Agenda Daily

1 komen

  1. Hola..ttg hal ini..mmg patut lah dibuat..sebab parti politik juga umpana kita buka syarikat perniagaan juga..dah tentu mesti ada akaun parti..apa yg anna perhatikan..hal ini seolah masaalah pada org org politik poyo sengal..jikalau Ahmad Maslan bijak punya otak fikir yg sentiasa berfungsi molek..tentu dia tak perlu anggap org yg teraniaya terhadap pekara ini..atau mungkin dia perlu ikuti kursus perakauanan (Account) perlu belajar juga akan nama cheque book@ buku cek..ataupun harus tahu istilah In or Out money On Line transfer..anna ada pengalaman ttg kerja ini..maklumlah ..si lazy girl anna tidak suka kerja so risk dan byk benda kena buat apalagi kerja office nie..many many thing kena buat..tapi terpaksa kena buat dan belajar kenali dunia niaga yg penuh menarik ini..dan jawatan kerani adalah jawatan yg bukan saja kerja buat typing kertas aja..dunia accountant so unbelive….tidak mahu tanggung risiko..maka anda harus tahu erti sifat diri bertanggunghawab…kerana kita tak boleh biar apa saja wang yg masuk dan keluar dari akaun nama tunggal atau nama syarikat apa pun..itu sebab mahu jadi Bos Besar pun kena ada semua ilmu ini..jgn nanti datang pegawai kewangan ke anda ..mulalah bagi alasan ..oh..sila jumpa cari kerani saya…yg uruskan hal hal ini…maka meriahlah hidup anda yg tidak terfikir pulak ..Ohh..myproblemooo..wang 2 juta…byk tuuu ..Ahmad Maslan…show to officer ..transaksi duit itu di gunakan…alasan anda…duit parti politik..peruntukkan kegunaan…mana buku account parti tempat anda ..sila tunjukkan pada kami (Pegawai yg bertugas) ..adakah anda manusia Ahmad Maslan…Learn how is Human spec part of Life…don’t Lies..not good men..not good 🐼…OMGπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ✌ …smile..&….Action…πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£ don’t run .run….FreezeeeeπŸ’ž….

    πŸ’£πŸ’£πŸ’£πŸ’£πŸ’£πŸ’£πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯… Chooow..lahhh.

    AnnaAriff1972πŸ—―πŸ‘β€πŸ—¨πŸ‘β€πŸ—¨

    Like

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: