Ini Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Bukan Keluarga Malaysia

(Kluster Mahkamah yang mencetuskan huru hara hingga Perdana Menteri meletakkan jawatan. Malah minta pula kerajaan baharu ini dikenali sebagai Keluarga Malaysia bagi kononnya meredahkah iklim politik. Macam dajal lah pula. Hahaha)

Ini kali ke dua pemimpin UMNO menegaskan yang kerajaan Malaysia hari ini adalah kerajaan Perikatan Nasional dan bukannya Barisan Nasional. Walau bagaimanapun tidak perlulah ia dijadikan isu hingga melemahkan pentadbiran kerajaan.

Menteri Wilayah Datuk Shahidan Kasim menegaskan tidak ada sebab kenapa kerajaan ini bukan kerajaan Perikatan Nasional.

Tinggal lagi kerajaan ini diketuai oleh Perdana Menteri dari UMNO yang dicalonkan oleh Perikatan Nasional.

Sebelum ini Menteri Komunikasi, Annuar Musa juga menegaskan hal sama yang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri ini bukan kerajaan Barisan Nasional tapi kerajaan Muafakat. Ini kerana kerajaan ini dibentuk melalui permuafakatan ahli ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional era kepimpinan PM Muhyiddin Yasin.

Ini juga bererti cadangan Najib Razak dan Zahid Hamidi agar kerajaan Malaysia ini dikenali sebagai Keluarga Malaysia, tidak terpakai sama sekali. Hahaha! ada pula kerajaan yang dibentuk selepas pengkhianatan mereka malah diberi nama Keluarga Malaysia. Dasar manusia manusia yang sudah kehilangan rasa malu.

1 komen

  1. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚…Wakjahid porogoro tuuhhhh weeeng…ado pulak lain yg PM 9 DSIS katakan telah di salah erti oleh Presiden expired UMNO tuuhhhh…tak senonoh sungguh konsep Keluarga ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ mahu anggap Grand Old Lady…dah tuu pandai menipu lah..anna tak nampak awal dia kat hospital…jikalau tidak jadi org no 2 selepas Mat Sabun…aku doakan ‘terus pendek umur…Mat Sabun pernah buat tatkala ‘heboh hal Denggi..masuk hospital pakai baju ‘Bersih..yg kuning tuhh…apalagi…terus puaka pelesit bersuara ‘esoknya..dia dah bangun..dan kata ‘Abg dah sihat๐Ÿ˜‚…tahu Gegaq..Ohhh Kawan…bukankah ‘Anwar Ibrahim itu cikgunya…maka begitu lah anak murid…itu semua copy paste anwar ibrahim…si JibbyMah pun mcm tuuhhhh…mereka nie kena sumpah dgn akulah…tu pasal ‘byk alasan itu ini apa bagai…โ˜บ

    AnnaAriff1972 ๐Ÿค—

    Like

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: