Keahlian Exco UMNO Wan Azri Sah Di Gantung 6 Tahun

Bha rasmi sudah yang keahlian Exco UMNO, Wan Azri di gantung sehingga 6 tahun bersamaan dua kali pemilihan UMNO.

Sebab kenapa dia di gantung kerana cuba berbaik baik dengan Perikatan Nasional atau parti Bersatu (PPBM). Mungkin kerana Wan Azri orang kuat Menteri Pertahanan maka sebab itulah kot, ini antara cara melemahkan politik Datuk Hishammuddin yang dilihat berpotensi mengambil jawatan Presiden UMNO dari Zahid Hamidi.

Persoalannya wajar kah digantung walaupun pihak atau seseorang itu berniat baik untuk kekuatan dan kebaikan orang Melayu?

Tidak seperti Presiden UMNO sedangkan telah terbukti ada usaha membentuk jajaran baru bersama Pakatan Harapan atau PKR dan DAP, agar terlepas dari perbicaraan rasuah di Mahkamah. Tapi tidak dikenakan tindakan disiplin walaupun sudah ada cadangan dari pemimpin-pemimpin atau Ahli Parlimen UMNO itu sendiri agar Zahid Hamidi di hadapkan ke tribunal UMNO.

Tapi sehingga hari babuk pun tidak ada malah menggantung mereka yang tidak sehaluan. Hahaha.

Senang kerja Zahid Hamidi dia yang sepatutnya dikenakan tindakan tatatertib tapi kerana berjawatan Presiden UMNO dan orang yang ada kedudukan dalam parti adalah juga “orang kampungnya”. Maka mudahlah dia mematahkan serangan dari dalaman parti dan memanipulasi keadaan.

Dalam erti kata lain UMNO hari ini milik orang orang Perak. Kamu tahu apa, oh.

Siapa Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kalau bukan mereka.

Jadi hanya ada satu jalan jika masih ada yang mahu melihat UMNO relevan atau tidak lagi dikuasai oleh orang-orang terdesak iaitu tumbangkan Zahid Hamidi dari jawatan Presiden UMNO di pemilihan UMNO yang akan datang. Tapi lama lagi sebab sebab ROS telah menarik balik pembatalan penangguhan sebelum ini. Hahahah!

UMNO tunggang langgang. Hanya orang naif yang mampu bertahan dalaman keadaan UMNO hari ini.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: