Exco Di Gantung Keahlian UMNO Tapi Tidak Zahid Yang Menyimpang

Naiyalah ahli. Walau UMNO parti yang paling tua dan berpengalaman tapi tidak menjunjung nilai nilai baik yang sewajarnya ada pada pemimpin dan ahli UMNO itu sendiri.

Keahlian parti seorang Exco UMNO bernama Azri akan digantung. Berita penggantungan dimaklumkan oleh sendiri setiausaha agung UMNO, Ahmad Maslan

Sebab penggantungan yang tersebar kerana Exco berkenaan cuba memujuk pemimpin pemimpin UMNO untuk bekerjasama dengan Bersatu.

Pelik sangatlah parti ini, menjadi satu kesalahan jika ahli parti mengajak kepada perpaduan iaitu bekerjasama dengan parti yang juga berteraskan bangsa Melayu.

Tapi dalam masa yang sama tidak ada tindakan dikenakan ke atas Presiden UMNO Zahid Hamidi, walaupun terang terang telah menyimpang dari perjuangan UMNO. Yakni bekerjasama dengan musuh tradisi DAP dan PKR hanya lagi belum menjadi kenyataan. Apa bila Perikatan Nasional mendahului perancangan Zahid. Hahaha!

Sudah ramai ahli UMNO yang mencabar Zahid Hamidi selaku terdakwa agar tampil membuat laporan Polis ke atas pihak pihak mendakwanya cuba bekerjasama dengan Anwar dan DAP. Tapi sehingga hari ini Zahid hanya mampu membiuskan diri.

Beginilah ributnya bila Presiden parti sendiri terlibat dengan aktiviti rasuah dan bergelut untuk melepaskan diri dari sabitan bersalah di Mahkamah. Maka siapa pun yang menjadi penghalang akan di cantas walaupun mereka berniat baik untuk kebaikan parti dan penyokong parti itu sendiri.

Dasar atau perangai peneraju UMNO ni dah macam perangai bangsa atau orang Yahudi. Yahudi percaya yang bangsa mereka adalah Chosen One atau pilihan Tuhan, jadi sebarang perbuatan mereka tidak boleh dipersoalkan sebab ia untuk kebaikan masyarakat. Nampaknya ada persamaan dengan UMNO. Hahaha!

Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai dorongan untuk dirinya, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: