Totok UMNO Wajib Sedar Diri – Nazri Aziz

Cakaplah apa pun pada pemimpin dan penyokong atau totok totok UMNO yang menjadi pendukung kepada ketua yang bermasalah, pasti tidak mendatangkan kesan.

Tinggal lagi tidak boleh pula dibiarkan begitu saja, teruskan bercakap tapi niat bukan untuk menarik kepercayaan orang orang sengaja menjadikan diri mereka mental blok. Sebaliknya supaya masyarakat tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Kerna dalam akal fikiran para totok totok itu hanya ada satu bagaimana untuk melepaskan “Pablo Escobar”.


KUALA LUMPUR : Semua pemimpin dan ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan pembentukan Kabinet baharu diingatkan supaya berpijak di bumi nyata dengan mengambil kira keadaan politik semasa.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata, walaupun jawatan Perdana Menteri sudah menjadi milik UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengambil kira komposisi parti yang membentuk kerajaan.

“Dulu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) dan Najib (Datuk Seri Najib Razak), UMNO boleh sebut sahaja siapa yang dia nak dan kita akan dapat tetapi sekarang berbeza.

“Saya nak ingatkan orang UMNO, jangan fikir kita dah kuat balik. Barisan Nasional (BN) cuma ada 42 kerusi dan untuk tubuh kerajaan kita kena berkawan dan ambil hati mereka. Kalau kawan kita BERSATU, PAS, GPS, tak setuju dengan keputusan kita, kita tak boleh tubuh kerajaan,” katanya kepada BH.

Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata sudah tentu UMNO kecewa dengan barisan Kabinet baharu dan berdoa supaya gaji mereka dibayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah yang dibayar ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula menganggap barisan anggota Kabinet itu sebagai kurang memberangsangkan.

Beliau berharap ia dibentuk secara dwipartisan untuk mentadbir ketika krisis atau sekurang-kurangnya memperkenalkan beberapa muka baharu yang muda untuk menyuntik lebih banyak tenaga dan semangat.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, Kabinet yang dibentuk semalam oleh Ismail Sabri adalah yang terbaik dengan mengambil kira landskap politik semasa.

“Yang penting, UMNO sudah dapat jawatan Perdana Menteri, kita nak apa lagi? Kita sama-sama UMNO nak bantai buat apa?

“Kita sokonglah Perdana Menteri dan kalau ada apa-apa yang rasa tak puas hati, biarlah orang lain komen, tak payahlah kita (daripada UMNO yang komen),” tegasnya.

Beliau juga menyatakan tidak terkejut dengan komposisi Kabinet baharu yang menampakkan kesinambungan kepada kerajaan terdahulu.

Katanya, status quo perlu dikekalkan bagi memastikan Kabinet itu terus menerajui kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Cuma ada pertukaran dari segi portfolio dan pertukaran individu yang ditentukan oleh parti masing-masing. Perdana Menteri perlu memastikan ada kestabilan politik kerana Kabinet ini adalah kabinet untuk melawan COVID-19 dan memulihkan ekonomi,” katanya.

Mohamed Nazri, berkata dalam keadaan UMNO tidak boleh menang semuanya, parti itu sebenarnya mendapat suntikan kekuatan baharu apabila terdapat tiga bekas Menteri yang berpengalaman dibawa masuk dalam Kabinet baharu.

Katanya, UMNO juga mendapat portfolio strategik iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

“Kemasukan semula tiga Menteri yang berpengalaman luas pastinya memberikan lebih penghormatan kepada UMNO dalam Kabinet,” katanya.

Tiga menteri berkenaan ialah Datuk Sri Mahdzir Khalid, yang mengetuai Kementerian Pembangunan Luar Bandar; Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Kementerian Wilayah Persekutuan) dan Tan Sri Noh Omar (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi).

KABINET MALAYSIA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: