
Kesian si Aziz sedang bersungguh sungguh menutup kegagalan mereka bila baru saja kelmarin Warisan mengalami kerugian bila mana untuk ke sekian kalinya salah membuat perhitungan, menyebabkan Perikatan Nasional kekal sebagai kerajaan malah tampaknya semakin mengukuh.
Tweetnya si Aziz itu berkenaan kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri atau kerajaan Perikatan Nasional.
Selepas berjaya mencipta beberapa kejayaan walaupun negara berhadapan dengan ancaman pandemik Covid 19. Maka tidak ada sebab bagi Perdana Menteri Ismail menampilkan muka muka baru sebagai barisan kabinetnya, hanya kerana ini kerajaan baharu.
Nilai tambah bererti menambah baik pentadbiran yang sedia ada, so tidak timbul muka lama atau baru. Tugas barisan kabinet adalah bekerja untuk rakyat bukan untuk menaikkan populariti satu satu kepimpinan.
Tidak ada kerajaan yang gagal Aziz sebaliknya kamu itu yang gagal. Gagal mempertahankan kerajaan negeri Warisan dan baru baru ini gagal membuat perhitungan. Ironinya orang yang gagal sangat sinonim dengan pembangkang. Pembangkang itu siapa, iya kamu lah walaupun hampir sepanjang masa bercakap pasal pertukaran kerajaan. Hahaha!
Apa yang boleh dibanggakan pada kamu Aziz? kerajaan Warisan walaupun baru berusia dua tahun setengah tapi rakyat Sabah telah menyaksikan beberapa pemimpin Warisan termasuklah seorang wakil rakyat Warisan di heret ke Mahkamah kerana rasuah atau skandal penyelewengan.
Itu rakyat Sabah belum lagi bercakap pasal apa yang mereka telah dikecapi sebagai totok Warisan. Memandangkan pemimpin Warisan sendiri sampai di cekup oleh SPRM. Faham apa yang admin maksudkan?
Gagal bukannya hanya kerna tidak cerdik ketika mencatur politik tapi juga terpaksa menutup kesombongan kerana baru baru ini dia bergambar dengan SD yang telah ditandatangani dan gambar kecil Anwar Ibrahim. Sedangkan Anwar tidak menyokong Shafie sebagai calon Perdana Menteri.
Tapi di luar Shafie membuat dakwaan sebaliknya, kononnya dia tidak di sokong oleh kepimpinan negeri Sarawak sebagai calon Perdana Menteri.
Hakikatnya bukan hanya benar dia tidak di sokong malah tidak ada yang mencalonkannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Jawatan Ketua Menteri Sabah pun Tuhan tarik balik melalui pilihan raya. Tapi ada hati mahu berada di kedudukan yang lebih tinggi. π