
Ketika Agong meminta ketua ketua parti mengemukan calon mereka. Golongan atau kumpulan dalam gambar ini tidak menyokong Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ke 9. Tapi kenapa marah bila tidak diberikan kedudukan dalam kerajaan.
Ahli Parlimen Kimanis dilantik ke jawatan Timbalan Menteri sebab dalam surat SD yang ditandatanganinya ada menyatakan menyokong kerajaan Perikatan Nasional. Begitukah atau ia sekadar memenuhi kuota UMNO?
Ada diantara ahli Parlimen UMNO yang sanggup melepaskan jawatan dalam GLC hanya semata mata menurut kehendak Presiden UMNO, Zahid yang dikatakan cuba membentuk jajaran baru bersama Anwar dan DAP.
Persepsi di atas admin timbulkan sebab ada jentera UMNO yang mendakwa (berdasarkan gambar ini) kononnya kabinet PM Ismail Sabri berperang dengan UMNO. Sedangkan watak watak dalam gambar inilah yang terlibat dalam pergolakan sebelum Ismail dilantik sebagai Perdana Menteri. Jadi tidak mustahil jika watak watak ini juga yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang diketuai PM Ismail Sabri. Tapi seperti biasa kebenaran akan diterbalikkan oleh laskar seperti itu.
Kebetulan baru saja Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa ini bukan kerajaan Perikatan Nasional tapi kerajaan keluarga Malaysia yang terdiri dari semua parti termasuk part parti pembangkang. Keluarga Malaysia lah sangat mangkuk, macam saja ketika pilihan raya umum ke 15 nanti tidak ada pembuangan undi. Hahaha!
Kamu tonton juga rakaman selamba ke atas Timbalan Presiden UMNO apa dia kata, ini politik, mereka nak bunuh saya. Bunuh saya disini adalah subjektif boleh saja kerana PM Ismail atau kerajaan baru tidak melantiknya berbanding KJ seperti contoh terus dikekalkan sebagai Menteri.
Dipercayai rakaman ini dibuat pada hari kelmarin iaitu Jumaat.
Nampak tak langkah mana yang ingin memulakan perang? Ok bha!