Pengurusan 1MDB sengaja menyuap sejumlah wang pada Bloomberg. Supaya perniagaan olok olok 1MDB terpampang dalam rancangan yang disiarkan.
Macam macam hal yang dilakukan oleh 1MDB bagi tujuan mengelirukan rakyat Malaysia. Sampai hati mangkuk ni.
Sebab itu adalah lebih baik Najib berehat dan bertaubat daripada terus terusan mengelirukan rakyat demi hasrat untuk kekal sebagai pemimpin. Jaga cucu lagi baik.
Najib Najib udara yang kau hirup pun akan dipertanggungjawabkan, apa lagi kesalahanmu dalam skandal 1MDB.
Ingat Najib dalam politik, mencari dana untuk parti dan pengikut bukannya satu kesalahan. Tapi kalau sudah kantoi kenalah cepat cepat mencari jalan keluar. Dulu kau diminta melepaskann jawatan Perdana Menteri tapi kau degil.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar agensi berita antarabangsa, Bloomberg bagi menaikkan portfolio pelaburannya.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman, 49, dalam keterangannya berkata, beliau memaklumkan kepada Pengerusi 1MBD bahawa persepsi Bridge Global Absolute Return Fund (BGARF) akan bertambah baik sekiranya ia disenaraikan dalam Bloomberg.
Saksi ke-10 pendakwaan itu memberi keterangan pada perbicaraan Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.
Menjawab soalan peguam Tania Scivetti yang mewakili Najib bahawa adalah penting untuk BGARF disenaraikan di dalam Bloomberg kerana ia adalah nama yang besar, Mohd Hazem menjawab: “Ya”.
Scivetti: Bloomberg tidak membuat verifikasi mengenai maklumat yang disenaraikan oleh syarikat.
“Syarikat hanya perlu membayar untuk disenaraikan?
Mohd Hazem: Saya tidak tahu, saya tidak boleh menjawab untuk Bloomberg.
Terdahulu, sebaik prosiding bermula pada jam 9.30 pagi, Najib dilihat tidak hadir pada prosiding perbicaraan itu kerana dipanggil ke Istana Negara.
Peguam Rahmat Hazlan yang mewakili Najib memaklumkan mahkamah anak guamnya dipanggil ke istana bagi mengesahkan sokongannya kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.
Rahmat berkata, Najib bersama 114 Ahli Parlimen dipanggil ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
“Bagaimanapun, tidak diketahui masa spesifik untuk Najib akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.
“Najib dijangka beredar dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menuju ke istana pada jam 10.30 pagi,” katanya.
Mendengar perkara itu, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata Najib seharusnya menghadirkan diri ke mahkamah terlebih dahulu.
“Yang di-Pertuan Agong memanggil semua Ahli Parlimen untuk menghadap dan beliau sememangnya perlu berada di sana, namun, laporan media menyatakan ia akan dilakukan secara berperingkat.
“Anak guam anda perlu memaklumkan kepada mahkamah jam berapa beliau perlu berada di istana kerana kes ini akan diteruskan,” katanya sebelum menangguhkan perbicaraan selama 10 minit.
Sebaik mahkamah mula bersidang, Rahmat memaklumkan pihaknya tidak dapat memaklumkan waktu spesifik untuk Najib bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.
Sequerah berkata, perbicaraan itu akan diteruskan dan meminta peguam untuk memaklumkan mengenai pertemuan Najib dengan Agong.
“Kita semua mempunyai tugas yang perlu dijalankan. Sekiranya dipanggil menghadap Agong, beliau harus menghadirkan diri, namun, beliau tidak perlu berada di sana seharian,” katanya.
Mahkamah kemudian memaklumkan perbicaraan kes akan disambung pada jam 2.30 petang.
Bagaimanapun, kes bersidang semula kira-kira jam 1 tengah hari sebaik Najib selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan kes bersambung Isnin ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd