Cadangan Awal Zahid Digantung Dari Jawatan Presiden UMNO

Rupanya awal dulu telah ada cadangan dari Ahli UMNO sekiranya kedudukan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO digantung, bagi mengelakkan Zahid memperalatkan UMNO. Ia susulan ketetapan yang diambil oleh jawatan kuasa pengurusan dibawah kepimpinan Najib pada waktu itu.

Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan (Tok Mat) juga pernah mencadangkan pada Zahid agar pergi bercuti sementara siasatan dijalankan.

Sayangnya gesaan atau cadangan itu dipandang sepi oleh Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Malah terbalik, kita nampak kini Tok Mat adalah jentera utama kluster Mahkamah. He!

Kesannya sekali lagi UMNO berhadapan dengan persepsi buruk masyarakat apa bila Zahid menggunakan kedudukannya sebagai Presiden parti mendesak Perdana Menteri agar mempengaruhi keputusan Mahkamah berhubung perbicaraan yang dia hadapi.

Namun Perdana Menteri enggan memenuhinya menyebabkan Zahid mengheret UMNO keluar dari kerajaan Perikatan Nasional.

Zahid Hamidi berhadapan dengan 45 atau 47 tuduhan rasuah di Mahkamah, melibatkan Yayasan Akal Budi dan pemberian Visa di luar negara.


Peguam dan anggota Umno Adnan Seman berpendapat Majlis Tertinggi (MT) parti itu mempunyai kuasa untuk menggantung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada jawatan Presiden.

Dalam suatu kenyataan hari ini, Adnan yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak berkata MT selaku badan eksekutif parti pada 29 Mei 2009 telah memutuskan sebarang anggota Umno yang dikenakan pertuduhan di mahkamah akan digantung daripada tugas-tugas parti sehinggalah kesnya diselesaikan.

Beliau berkata hal ini cadangan jawatankuasa pengurusan parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang melaksanakannya.

Adnan berkata Umno pada 16 April 2009 menetapkan duluan (precedent) dengan menggunakan Fasal 10.10 perlembagaan parti itu untuk menggugurkan Datuk Suhaili Abdul Rahman daripada jawatan ahli majlis tertinggi.

“Maka Majlis Tertinggi Umno sememangnya mempunyai kuasa penuh bagi menentukan samada jawatan presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh digugurkan dan beliau perlu bercuti sehingga kes pendakwaan beliau di Mahkamah selesai atau sebaliknya,” kata Adnan yang juga calon BN bagi parlimen Bandar Tun Razak.

Pertikai kenyataan timbalan presiden Umno

Adnan berkata beliau mengeluarkan kenyataan selepas kritikan terhadap Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengatakan Zahid mungkin perlu bercuti sementara menunggu keputusan perbicaraan.

“Ada beberapa pihak yang mempertikaikan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkaitan kewujudan Prosedur Operasi Standard (SOP) Umno yang menetapkan bahawa jika terdapat ahli yang berjawatan tinggi didakwa di mahkamah, mereka perlu mengambil cuti sebagaimana yang dilaporkan media..

“… pemimpin atau mana-mana ahli parti yang didakwa di mahkamah secara automatik akan digantung semua jawatannya di dalam parti dan sekiranya dia berjaya di dalam proses mahkamah, dia akan mendapat kembali jawatannya,” kata Adnan.

Zahid dikenakan 45 pertuduhan rasuah, jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah hari ini dan beliau memohon dibicarakan.

Mohamad pula menjelaskan keputusan MT Umno yang berhadapan perbicaraan di mahkamah pada 2009 ditetapkan untuk melindungi imej parti.

Beliau berkata kes Zahid perlu dibincangkan pada peringkat jawatankuasa pengurusan Umno sebelum dibawa kepada majlis tertinggi parti.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: