Satu Kematian Akibat Covid-19 Semasa Sidang Khas Parlimen 2021

Sebelum itu mari kita sedahkan Al Fatihah pada Pegawai kepada Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, arwah Datuk Jaimin Samitah yang meninggal akibat Covid-19.

Kali terakhir arwah bersama Timbalan Menteri Pelancongan bagi menghadiri Persidangan Khas Parlimen pada 29hb Julai. Seminggu selepas itu arwah disahkan positif Covid-19.

Sudahlah begitu ketika sidang khas berlangsung, kita nampak ahli ahl Parlimen pembangkang hanya sibuk mencari kedudukan untuk menjadi Perdana Menteri. Tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat, bersuara untuk mencari jalan penyelesaian kepada kesusahan yang mereka hadapi akibat pendemik Covid-19.

Jadi jangan ada yang hairan kalau kehadiran di persidangan yang dijadualkan September ini di hadkan.


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat satu kes kematian akibat COVID-19 membabitkan pesakit yang ada kaitan dengan kehadiran di Parlimen pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadi kematian pertama membabitkan individu yang menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

“Kes kematian yang dinyatakan ini membabitkan pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai sejarah hadir ke Parlimen 26 hingga 29 Julai lalu. Ujian saringan pra Dewan Rakyat yang dijalankan keatasnya pada 23 Julai dan saringan menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 pada 29 Julai lalu adalah negatif.

“Beliau kemudiannya menunjukkan gejala pada 31 Julai dan positif ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) dengan nilai kitaran ambang 14.88.null

“Keadaan beliau bertambah teruk dan dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos lalu untuk rawatan lanjut. Namun keadaannya amat kritikal dan meninggal dunia semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata hasil siasatan oleh pihaknya mendapati walaupun kes positif berkenaan tidak mempunyai hubungkait antara satu sama lain kecuali kontak rapat, perkongsian bilik dan kemudahan asas seperti tandas, surau dan ruang makan oleh ramai individu telah memberi risiko kepada penularan jangkitan COVID-19 di Parlimen.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kes kematian itu adalah salah satu daripada sembilan kes baharu yang dikesan hari ini berkait dengan sidang Parlimen berkenaan.

Ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di bangunan terbabit kini sudah 97 kes.

Memperincikan mengenai kes baharu itu, Dr Noor Hisham berkata, empat kes masing-masing adalah kontak rapat kepada kes positif yang disaring ketika Pra-Dewan Rakyat dan semasa persidangan.

“Kontak rapat bagi kes positif yang disaring ketika Pra-Dewan Rakyat, mereka dilaporkan positif Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) pada 23 Julai lalu. Kes positif ini didapati bergejala ringan dan diberi Perintah Pengawasan dan Kawalan (HSO) di rumah dan kini sudah pulih serta bekerja selepas tamat HSO.

“Sementara empat lagi kontak rapat bagi kes positif yang disaring ketika persidangan berkenaan, satu daripadanya mempunyai nilai kitaran ambang 19.62 manakala yang lain diantara 32.76 hingga 36.07.

“Daripada jumlah kes positif itu, enam kes sudah lengkap mendapat dua dos vaksin dan dua lagi kes adalah kanak-kanak (kontak rapat kes) yang belum layak mendapat vaksin,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat lapan sampel kes di Parlimen yang sudah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk ujian genomik dan lima daripadanya disahkan mempunyai varian Delta, manakala dua lagi sampel tidak berjaya diproses serta satu sampel masih menunggu keputusan.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: