
Jujurnya pasanglah apapun taktik politik di Malaysia ini tapi selagi Sabah dan Sarawak tidak cenderung memihak mereka. Maka taktik itu hanyalah taktik semata-mata.
Selama ini mustahil UMNO mampu menjadi kerajaan yang begitu lama tanpa sokongan dari dua negeri ini.
Pada pilihan raya umum yang ke 14 kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO tumbang di tangan pembangkang. Tapi tidak bagi UMNO atau BN di negeri Sabah. Inilah buktinya yang dua negeri adalah tonggak kepada kerajaan yang sedang memerintah Malaysia dari bertahan. Jadi jangan ada pihak yang memandang sebelah mata kemampuan pemimpin pemimpin politik dari Borneo ya.
Perkembangan terbaru Ketua Menteri Sarawak yang diketuai GPS telah menyatakan sokongan terbuka terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Kerajaan Perikatan Nasional.
Bolehlah selepas ini kita beranggapan bahwa konspirasi yang sedang dimainkan oleh Presiden UMNO Zahid dan Najib Razak sudah berakhir. Sekalipun pun mereka berjaya merampas kuasa tapi tidak di pilihan raya umum yang ke 15. Pasti tumbang!
KUCHING : Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap dengan pendirian terus menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ketetapan itu diputuskan dalam perjumpaan khas semua Ahli Parlimen GPS bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, hari ini.
Beliau berkata, GPS juga menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, supaya pentadbiran kerajaan diteruskan sehinggalah keabsahannya ditentukan pada sidang Parlimen bulan depan.
“Satu perjumpaan khas Pengerusi GPS (Abang Johari) bersama semua Ahli Parlimen GPS diadakan di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini bagi membincangkan senario terkini politik negara.null
“Semua Ahli Parlimen GPS menyifatkan keputusan Perdana Menteri mengusulkan undi percaya terhadap dirinya pada sidang Parlimen bulan depan, sebagai satu tindakan berani dan bijak.
“Ia juga pendekatan terbaik (menyelesaikan kemelut politik) berlandaskan perlembagaan,” katanya ketika ditemui selepas perjumpaan itu, hari ini.
Selasa lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan menarik sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
GPS yang menggabungkan empat parti tempatan Sarawak iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) mempunyai 18 kerusi Parlimen.
Daripada jumlah itu, PBB mempunyai 13 kerusi; PRS dan PDP masing-masing dua kerusi dan SUPP satu kerusi.
Sumber.