PATI DUN Merotai Diserbu Imigresen – Pasti Aziz Jamman Gembira

Nah mana sudah Ketua Wira Warisan Aziz Jamman. Dengarkan ni, gesaan mu ke atas kerajaan atau Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia Jonathan Yasin dipandang serius dan gerakan mencari pendatang asing tanpa izin (PATI) sentiasa berjalan.

Sekarang kau gembira sudah kah?

Sebelum ini Ahli Parlimen Sepanggar Aziz mencabar kerajaan agar menangkap PATI yang berasal dari Indonesia dan Filipina.

Pada Julai yang lalu operasi mengesan PATI di gerakkan ke Ranau dan berjaya menangkap beberapa orang PATI.

Kali ini operasi di jalankan di area Merotai Tawau, kawasan yang menjadi kubo Warisan.

Kita orang ingat bila si Aziz Jamman berani mencabar kerajaan. Maka kawasan mereka sudah terhindar dari kehadiran PATI memandangkan Aziz Jamman adalah mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Rupanya berlambak pula ya.

Aziz Jamman hanya kerana politik sanggup kau mencabar kerajaan sedangkan kau tahu kebanyakan PATI yang kau maksudkan adalah rata rata penyokong Warisan. Apa punya pemimpin kau Aziz Jamman.

Kau cuba memancing kepercayaan pengundi KDMR tapi dalam masa yang sama kau korbankan penyokong Warisan dari kaum Bugis.

Pada ahli keluarga atau kawan kawan PATI yang ditangkap malam tadi. Jangan kamu terkilan pada kerajaan tapi marahlah pada Parti Warisan atau Ketua Wira Warisan si Aziz Jamman, dia yang bertanggungjawab. Berani beraninya mengambinghitamkan PATI yang bertujuan untuk memancing kepercayaan KDMR atau pengundi di pantai barat Sabah.


TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan seramai 155 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Patuh Bersepadu di dua lokasi berasingan, yang berakhir malam tadi.

Dua lokasi serbuan membabitkan penempatan warga asing itu dijalankan di Jalan Tanah Merotai dan Jalan Kinabutan, di sini, yang bermula jam 12 tengah malam itu membabitkan 98 anggota dan pegawai.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin berkata, hasil serbuan, JIM pada awalnya menahan keseluruhan seramai 182 orang untuk pemeriksaan.

Katanya, hasil tapisan yang dilakukan, seramai 155 individu ditahan membabitkan 49 lelaki dan 67 wanita dewasa serta 39 kanak-kanak.

“Semua yang ditahan berusia lingkungan setahun hingga 77 tahun yang disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pasport atau pas yang sah serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas.

“Selain itu, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 kerana membenarkan pendatang tanpa izin memasuki atau tinggal dalam premis yang diselia dan diurus mereka.,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Jonathan berkata, objektif utama operasi ini dilaksanakan adalah nagi membenteras kehadiran PATI dan mana-mana orang yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen dan Akta Anti Perdagangan dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

“Tumpuan Operasi ini juga turut menjurus kepada majikan-majikan yang disyaki mengambil pekerja PATI, melindungi PATI dan sindiket yang membawa masuk PATI ke negara ini.

“Tindakan akan diambil selaras dengan peruntukkan undang-undang tanpa kompromi,” katanya.

Jonathan berkata, semua tahanan turut diarahkan menjalani proses tapisan kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan COVID-19 bagi memastikan tidak wujud penularan jangkitan di depot tahanan Imigresen.

“Ia seiring dengan Prosedur Operasi Standard(SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” tegasnya. – Asiatimes

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.