Dulu Rakyat Percaya Sebab Lawan Kleptokrasi Sekarang Tidak Lagi ðŸ¤­

Suka admin memetik kenyataan Naib Presiden PAS berhubung tindakan Ahli Ahli Parlimen yang berarak ke Bangunan Parlimen.

Sebelum ini Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan yang dipamerkan Ahli Parlimen itu tidak akan disenangi rakyat yang mengetahui penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen hari ini disebabkan nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagi saya, dia orang (Ahli Parlimen pembangkang) nak berpolitik dan nak cari publisiti, itu isu yang sebenarnya sebab masa buka Parlimen baru-baru ini pun dia orang tak (beri) manafaat pun.

Memang betul pun, tiada lain, selain mencari publisiti murahan.

Apa lagi yang mampu dilakukan oleh pembangkang selain memanipulasi keadaan, perkara yang jelas baik mereka katakan sebaliknya. Sehinggalah rakyat percaya dan memberikan mereka mandat. Namun sayang pada pilihan raya umum yang lepas mereka berjaya membentuk kerajaan tapi tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Malah ada diantara mereka yang di heret ke Mahkamah kerna terlibat dalam skandal penyalahgunaan kuasa.

Dulu gerakan atau tunjuk perasaan seperti ini boleh diterima dan disertai oleh rakyat sebab waktu itu pembangkang melawan kleptokrasi UMNO. Sekarang rakyat nampak dan faham mereka sedang ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang tidak ada skandal penyelewengan dan berjihad melawan penyakit Covid-19 serta berusaha mensejahterakan rakyat melalui ekonomi yang terjejas akibat pendemik Covid-19 itu sendiri. Keselamatan dan ancaman jenayah juga menjadi keutamaan kerajaan Perikatan Nasional. Alhamdulillah!

Rakyat sedia maklum banyak negara yang tersungkur akibat gagal menanggani penularan Covid-19 dan mengawal kestabilan ekonomi. Negara seperti Indonesia sehingga hari ini masih bergelut malah diramal akan berada dalam konflik ekonomi yang teruk akibat pendemik Covid-19 dalam masa yang sama terpaksa beperang habis habisan dengan Covid-19, ada yang melaporkan sikit hari lagi rakyatnya akan berada dalam situasi hidup atau mati dalam usaha meneruskan kelangsungan hidup.

So fikir fikirkan lah, pembangkang yang ada pada hari ini telah diberikan peluang tapi gagal malah tampaknya kehidupan rakyat semakin susah terutamanya di kampung kampung.

Pada UMNO pula jangan lagi mengkritik Perdana Menteri atau Kerajaan Perikatan Nasional. Ingat UMNO tumbang kerana isu kleptokrasi jadi jangan ingat rakyat yang menyokong Pakatan Harapan akan melupakan kemalingan yang kamu telah lakukan hanya kerana kamu turut mengkritik Perdana Menteri Muhyiddin. Bertengeh saja dalam kerajaan Perikatan Nasional siapa tahu terselamat.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: