Zahid Tolak Perdana Menteri Tapi Kekal Perikatan Nasional, Waras kah?

Zahid ni hanya berani mengurus nafsunya tapi tidak bertanggungjawab atas penyelewengan yang dia lakukan ke atas wang rakyat. Sudahlah begitu sanggup pula mengheret orang yang tidak berdosa untuk membela kejahatannya. Sadis!

Adakah patut tidak mendokong Perdana Menteri tapi tetap bersama kerajaan Perikatan Nasional. Dah macam orang yang tidak waras. Ibarat, sang suami hanya sayang pada anak tidak ibunya. Sedangkan ibu yang mengandungkan anaknya. He!

Zahid kalau benar tidak bersalah hadapi saja perbicaraan di Mahkamah tu apa adanya. Jangan kambing hitamkan ahli ahli Parlimen UMNO. Apa lagi kemenangan mereka pada pilihan raya tidak disebabkan oleh pengaruh Presiden UMNO, malah skandal yang dihadapi oleh Presiden dan Timbalan Presiden UMNO lah kerajaan BN tumbang.

Zahid jangan ingat semua ahli Parlimen UMNO sanggup jadi kerbau, mereka bukanya totok totok UMNO yang boleh diperlakukan seperti hamba sahaya.

Jangan juga libatkan kuasa Perdana Menteri untuk menarik tuduhan di Mahkamah. Kalau ini dilakukan bagaimana pula dengan masyarakat biasa?


Umno tetap pertahan keputusan desak Muhyiddin letak jawatan, kekal sokong PN

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi konsisten dengan keputusan parti untuk masih menyokong Perikatan Nasional, namun tetap mendesak agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur.

“Persoalan ini dijadikan propaganda pasukan siber anti-Umno pula sedangkan perkara itu bukanlah suatu perkembangan baharu.

“Umno sebaliknya sejak lama konsisten dalam hal ini dan Najib Razak (Ahli Parlimen Pekan) turut mengulanginya semalam,” katanya di Facebook.

Zahid berkata, meskipun perdana menteri tidak campur tangan dalam kerja-kerja kementerian masing-masing, para menteri mesti tetap mengikuti arahan umum yang ditetapkan oleh perdana menteri.

Justeru, beliau berpandangan adalah penting bagi orang yang berkemampuan untuk menjawat jawatan perdana menteri agar negara boleh dipimpin dengan lebih baik.

“Perdana menteri tidak tertakluk nasihat Kabinetnya. Memiliki kuasa penuh menentukan tadbir urus.

“Sebab itu Umno konsisten mahu perdana menteri diganti. Nakhoda perlu ditukar supaya kerajaan yang telah gagal kembali ke landasan rakyat dan negara,” katanya.

Beliau yakin perdana menteri baharu akan menyeru pilihan raya umum selepas wabak Covid-19 berjaya ditangani.

Terdahulu, pada 8 Julai Umno secara rasmi menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dan mahu presiden Bersatu itu meletakkan jawatan.

Zahid berkata MKT membuat keputusan itu selepas mendapati Muhyiddin gagal memuaskan garis panduan yang ia tetapkan pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada Muhyiddin.

2 comments

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.