Waris Pesakit Covid-19 Digesa Segera Tuntut Wang Ihsan

PUTRAJAYA – Waris kepada pesakit Covid-19 yang meninggal duma digesa segera membuat permohonan tuntutan wang ihsan RM5,000 kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, pihaknya tidak boleh menyalurkan bantuan tersebut sekiranya tiada permohonan yang dibuat.

“Saya nak minta kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid 19, segera datang ke Nadma untuk kita menghulurkan bantuan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Seroja dekat sini pada Khamis

Mohd Redzuan berkata, sebanyak 1,232 permohonan membabitkan peruntukan RM6.16 juta telah diluluskan berbanding dengan Jumlah kematian yang dilaporkan iaitu melebihi 7, 000.

“Semua yang meninggal akibat Covid-19 bagi (wang thsan) untuk mengurangkan bebanan mereka kerana mungkin yang meninggal adalah ketua keluarga, sekurangkurangnya boleh bagi bantuan segera,” kalanya.

Beliau berkata, sebanyak 300 permohonan masih dalam proses kelulusan Nadma dan prosesnya sentiasa berjalan memandangkan maklumat serta verifikasi belum diterima.

Bantuan Khas Pengurusan Kemauan Covid-19 Nadma merupakan bantuan one-off RM5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan Covid-19.

Pada perkembangan sama beliau memaklumkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara masih mencukupi untuk menampung pesakit Covid-19 dan pihaknya bersedia untuk menambah kapasiti sekiranya keadaan memerlukan.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: