Admin ingin tahu sejauh mana kebenaran dakwaan penyokong Shafie ke atas dua etnik Bajau, Simunul dan Sibutu.
Menurut penyokong Warisan itu seperti mana rakaman suara, memang katanya kebanyakan orang Simunul dan Sibutu tidak bagus, kepalanya jahat.
Macam ada kebenarannya tapi tidak boleh kejahatan diletakkan atas bahu satu satu bangsa atau etnik sebab kejahatan dilakukan oleh individu bukan bangsa mereka. Seperti cerita dibawah.
Berdasarkan cerita dari seorang kawan.
Menurut kawan berkenaan, ada satu keluarga dari etnik Sibutu berhijrah dari Kunak ke Semporna dan bermastautin di Kampung Bangau Bangau. Lama kelamaan dia memegang jawatan Ketua Kampung ke dua, masa memegang jawatan itu banyak hak orang kampung yang dia ambil seperti kawasan atau tapak baik di darat mahupun di laut.
Nasib baik menurut kawan itu ada satu keluarga, dari keluarga Sarakil yang berani mempertahankan hak orang kampung. Jika tidak pasti keadaan kampung itu akan lebih teruk selain dikuasai oleh orang luar.
Bajau Laut sebagai komuniti asal kampung berkenaan tidak berani mempertahankan hak atas nama kampung mereka. Tapi kalau bercakap macam orang pandai dan berani dan tahu peraturan tidak boleh dilanggar sedangkan kalau ada orang luar mengambil hak mereka tiba tiba auto kecut, bodoh dan bisu. Talk only no action
Menurut kawan itu lagi, bukan hanya kampung Bangau Bangau yang lenyap jika tidak ada keluarga Sarakil yang mempertahankannya. Malah etnik bangsa bajau laut di kampung berkenaan silap haribulan akan lenyap dari bumi. Persoalannya sampai bila keluarga Sarakil bertahan jika sebahagian orang kampung terus buta mata dan hati melihat kebenaran.
Mahu juga hina di kampung sendiri, bukan mereka tidak tahu yang melakukan kegiatan judi haram, mengedar syabu dan jenayah lain di kampung berkenaan adalah perbuatan PATI dari Filipina dan Indonesia. Tapi yang mendapat nama buruk, penduduk asal kampung Bangau Bangau. Cuba PATI dari FILIPINA dan INDONESIA itu tidak ada, pasti keadaan akan aman dan harmoni.
Pertanyaannya betul kah tuduhan jentera Warisan ke atas etnik Sibutu dan Simunul berkenaan? saya tanya sebab tuduhan penyokong Warisan berkenaan berjurus kepada bangsa terbabit.
Sedangkan kalau menurut cerita orang perseorangan yang boleh dipercayai. Shafie itu sendiri ada kaitannya dengan etnik Bajau Simunul, walaupun kebenarannya boleh diragui.
Kalau etnik yang mereka anggap jahat pun mereka boleh hina, maksudnya penyokong Warisan tidak takut. Apa lagi ke atas etnik Bajau Laut yang mereka tahu diam dan menyokong Warisan secara membabi buta, pasti akan dituduh macam macam jika tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin Warisan.
Jentera Warisan itu tidak tahu kah tanpa undi dari bangsa atau etnik yang tidak ada kaitannya dengan Shafie atau calon pilihan raya di Semporna, mustahil mereka mendapat kemenangan mudah dan besar.