Utamakan Vaksin dan PKPD Apa Shafie Cakap Tu?

Apalah Presiden Warisan Shafie ni macam perangai Cybertrooper Warisan pula. Suka, mengeluarkan kenyataan yang mengada-ngada.

Shafie mendakwa kerajaan hanya membelanjakan RM2 bilion untuk membeli Vaksin dari RM300 bilion belanjawan tahun 2021. Selebihnya digunakan untuk pembangunan dan sudah tentu tentulah pengoperasian.

Habis, kalau itulah perbelanjaan yang sepatutnya untuk mengurus Covid-19. Buat macam mana tak kan pula sengaja berbelanja hingga berlaku pembaziran.

Maksud Shafie itu teruskan membuat pembelian Vaksin walaupun sudah ada negara yang menyumbang Vaksin. Begitu kah?

Shafie tahukah Amerika dan China adalah penyumbang Vaksin untuk Malaysia masing 1 juta dan 500 ribu Vaksin.

Shafie juga tahukah hari ini bekalan Vaksin telah menjadi isu global, banyak negara yang merungut sebab belum menerima Vaksin yang dijanjikan oleh negara pembekal.

Atitud berbelanja hingga berlaku pembaziran wang rakyat ini sudah menjadi tabiat sejak Menteri KKLW. Sebab itulah walaupun Perseketuan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 6 bilion untuk membangun Sabah melalui Kementerian KKLW pada waktu, namun tidak berlaku perubahan ketara pada negeri dan rakyat Sabah.

Shafie juga berpandangan kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Sepatutnya sebelum Shafie memberi pandangan, nasihatkan dulu jentera Warisan agar jangan mempolitikkan PKPD seperti yang berlaku di Kampung Muhibah Tawau pada bulan April yang lalu. Bukan hanya menunjuk perasaan di tepi jalan hingga menggugat keamanan setempat. Malah berpolitik pula, berhasrat mengadakan Sembahyang beramai ramai di tengah tengah bandar Tawau, walhal pada ketika itu masyarakat dalam ketakutan akibat penularan Covid-19.

Nasib baik politik sembahyang di tengah bandar itu tidak menjadi kenyataan, kalau tidak, tidak pasal pasal kita turut menanggung kerja tolol para mangkuk Warisan. Bila hal seperti ini admin suarakan ada yang tidak kisah, yalah belum terjadi dan tidak ada yang terkorban. Bolehlah jentera Warisan menafikannya. Dasar kumpulan yang tidak ada rasa tanggungjawab pada sesama.

Parti yang tunggang langgang kan. Warisan juga yang berpandangan Covid-19 tidak wujud tapi kenapa sibuk pasal Vaksin.

Orang kata mengata orang mereka yang lebih. Seolah mengajar itik berenang. Hemmm!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.