Pendapat ini ada kebenarannya.
Kenapa UMNO Zahid dan PH membenci kerajaan Perikatan Nasional.
Sebab Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan berkerjasama dengan pemimpin pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa di Mahkamah.
Zahid Hamidi telah bersemuka dengan Perdana Menteri, merayu agar kes mereka di tarik balik. Tapi jawapan Perdana Menteri tetap sama enggan mencampuri urusan Mahkamah.
Kalau benar tidak bersalah dan dianiaya biarlah Mahkamah yang menentukannya.
Alkisah dari itu maka muncullah usaha dan komenter melata yang bertujuan untuk menggambarkan kerajaan Perikatan Nasional sebuah kerajaan yang gagal. Termasuklah tujuh alasan yang dikemukakan Presiden UMNO, Zahid Hamidi semasa bertindak meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional.
Pokoknya semua alasan memburukkan kerajaan Perikatan Nasional. Hanyalah cerita dongeng setelah konspirasi mereka tidak disepakati.