Ucapan Tahniah Ismail Sabri Di Lantik Sebagai TPM Malaysia

Tahniah diucapkan atas perlantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Diperanggan akhir warkah ini ada sedikit pesanan dari admin untuk kepimpinan Warisan dan para jenteranya. 🤭

KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI

YAB Perdana Menteri telah melantik YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan. Pelantikan ini akan dapat membantu YAB Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh YAB Dato Sri Ismail Sabri. Di samping itu, YAB Perdana Menteri bersetuju supaya YB Dato’ Seri Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Kedua dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.

Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan partiparti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti.

Pejabat Perdana Menteri mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein di atas pelantikan ini.

PEJABAT PERDANA MENTERI 7 Julai 2021


Apa khabar kepimpinan Warisan, takziah pula untuk kamu. Nampaknya segala retorik yang kamu humban tanpa mengira jam, sekali lagi tidak menjadi kenyataan. Sebelum ini kamu berharap Warisan terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional dengan itu kedudukan bertukar menjadi kerajaan dan memegang beberapa jawatan Menteri dan Timbalan. Dan yang paling penting kamu berharap akan berlaku pula peralihan kuasa di peringkat negeri Sabah. Tapi sayang itu hanyalah mimpi kamu di siang hari. Dasar kepimpinan yang hanya gilakan kuasa 🤭

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.